Sihat

Manfaat Urutan Yoni, Beri Sensasi Baru Dalam Menerokai Titik Sensual Faraj Wanita

8
SHARES
urutan yoni

Adalah salah jika ada yang membuat kesimpulan bahawa urutan yoni adalah foreplay atau urutan seksual. Dalam bahasa Sanskrit, “Yoni” bermaksud “faraj” yang dianggap sebagai bahagian suci badan. Melalui urutan yoni, seseorang dapat mengetahui apa yang membuatkan dia berasa selesa.

Anda perlu memberikan urutan lembut pada bahagian sensual. Seolah-olah anda memperlakukan faraj sebagai bahagian tubuh yang harus diberi tempat yang paling mulia. Menariknya, urutan yoni boleh dilakukan secara bersendirian atau bersama pasangan.

Baca juga: Urutan Zakar Teknik Jelqing Buat Abang ‘Punya’ Jadi Besar & Ereksi Tahan Lama!

URUTAN YONI BERI SENSASI BARU PADA WANITA

urutan yoni

Gambar: allabouteve

Selama ini, faraj pastinya sering terdedah kepada pelbagai tekanan atau sentuhan yang membosankan. Melalui urutan yoni, faraj dirangsang secara lembut, perlahan dan berahi supaya wanita yang diurut berasa lebih selesa dengan tubuhnya.

Urutan berahi ini memang boleh membuatkan seseorang mengalami orgasme, tetapi itu bukanlah matlamat utamanya. Bagi mereka yang sering melakukannya, urut yoni adalah aktiviti yang berkaitan dengan emosi, bukan sekadar seksual.

Jadi, anda perlu fokus pada tenaga dan perasaan anda semasa melakukannya. Justeru, badan akan terbuka kepada pelbagai sensasi yang muncul.

Baca juga: Cara Basuh Kemaluan Lelaki & Perempuan Menurut Islam, Beribadat Pun Tak Rasa Was Was

MANFAAT URUTAN YONI

Manfaat mengurut faraj boleh membuat anda lebih selesa dan memberi sensasi yang baik untuk batin. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dirasai semasa melakukan urutan yoni dengan betul.

1. Mengatasi trauma

Urutan Yoni boleh membantu pemulihan trauma secara beransur-ansur. Bukan itu sahaja, urutan yoni membuatkan seseorang itu kembali menghargai atau menyayangi tubuhnya sendiri.

2. Mengurangkan kebimbangan

Sentuhan yang berlaku semasa urutan yoni boleh membuatkan seseorang itu lebih relaks sekaligus mengurangkan kebimbangan. Dengan pelbagai rangsangan dalam urutan yoni, emosi seseorang dapat disalurkan dengan lebih lancar dan lengkap dengan tenaga yang lebih bebas.

3. Kepuasan seksual jangka panjang

Rangsangan dalam urutan yoni juga boleh meningkatkan kepuasan seksual dalam jangka masa panjang. Terdapat sentuhan khas pada faraj yang membolehkan seseorang menerokai kawasan seksualnya. Maka tidak hairanlah, urutan yoni semakin popular dan ramai yang melakukannya dengan kerap.

4. Meningkatkan sensitiviti faraj

Terdapat ramai orang yang melakukan urutan yoni untuk meningkatkan sensitiviti faraj. Ini bermakna sentuhan dalam urutan yoni akan menimbulkan sensasi tersendiri sehingga orang yang berkenaan akan berasa lebih ghairah ketika melakukan hubungan intim.

Kesimpulan

Urutan yoni mungkin perlu dilakukan dengan kerap untuk anda mendapatkan ketenangan dan mengurangkan tekanan atau trauma seksual. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukannya dengan betul atau minta pasangan untuk membantu anda.

Baca juga: Bukan Semua KAKI SEJUK Itu Normal, Rupanya Ada Penyakit! Cuba Pastikan Dulu

Sumber: Sehat Q

FT Image: medicalnewstoday

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×