Sihat

Suami Kata Bahagian ‘Bawah’ Dah Tak Rapat? Usah Risau, Cuba Buat Ini Untuk Ketatkan Vagina!

50
SHARES
cara ketatkan faraj longgar

Terdapat banyak mitos dan salah tanggapan yang berlaku mengenai faraj longgar. Sesetengah orang beranggapan, faraj boleh kehilangan keanjalannya dan menjadi longgar selama-lamanya. Itu sebenarnya tidak benar kerana ia boleh diketatkan dengan cara ketatkan faraj longgar seperti senaman di bawah.

Faraj bersifat anjal. Ini bermakna ia boleh meregangkan untuk menampung benda yang masuk (zakar atau mainan seks) atau keluar (melahirkan bayi). Tetapi ia tidak akan mengambil masa yang lama untuk faraj kembali ke bentuk sebelumnya. Malah, penembusan zakar tidak akan menyebabkan faraj anda meregang secara kekal.

Baca juga: Jerawat Hilang Lebih Pantas Dengan 4 Cara Ini, Pasti Wajah Cantik Berseri!

MITOS FARAJ JADI LONGGAR SELAMA-LAMANYA

cara ketatkan faraj longgar

Gambar hiasan: Google.

Faraj anda mungkin menjadi sedikit longgar apabila meningkat usia atau mempunyai anak. Tetapi secara keseluruhannya, otot mengembang dan menarik balik seperti alat muzik akordion atau getah.

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu faraj longgar.

KETAHUI KESAN BILA FARAJ ‘TERTUTUP’

cara ketatkan faraj longgar

Gambar hiasan: Google.

Adalah penting untuk mengetahui bahawa faraj “ketat” mungkin merupakan tanda kebimbangan yang perlu diberi perhatian, terutamanya jika anda mengalami ketidakselesaan semasa tusukan zakar berlaku.

Otot faraj secara semula jadi mengendur apabila anda terangsang. Jika anda tidak berasa ‘turn on’, berminat, atau bersedia secara fizikal untuk hubungan intim, faraj anda tidak akan mengendur, melincirkan sendiri dan meregang.

Otot faraj yang ketat boleh membuat hubungan seksual menyakitkan atau tidak mampu untuk diselesaikan. Keadaan faraj yang ketat melampau juga boleh menjadi tanda penyakit Vaginismus. Ini adalah gangguan fizikal yang boleh dirawat.

2 PERKARA YANG BOLEH MENJEJASKAN KEANJALAN FARAJ

Hanya dua perkara yang boleh menjejaskan keanjalan faraj anda iaitu umur dan bersalin. Seks yang kerap atau kurang melakukan seks, tidak akan menyebabkan faraj anda kehilangan regangannya.

Seiring waktu, melahirkan anak dan penuaan berpotensi menyebabkan faraj anda menjadi longgar secara semula jadi.

Wanita yang banyak kali bersalin secara normal lebih berkemungkinan mengalami kelemahan otot faraj. Walau bagaimanapun, penuaan boleh menyebabkan faraj anda meregang sedikit, tidak kira sama ada telah mempunyai anak atau tidak.

1. PENUAAN

cara ketatkan faraj longgar

Gambar hiasan: Google.

Anda mungkin mula melihat perubahan pada keanjalan faraj anda bermula pada usia 40-an. Itu kerana tahap estrogen anda akan mula menurun apabila memasuki peringkat perimenopaus.

Kekurangan estrogen bermakna tisu faraj anda akan menjadi:

  • Lebih nipis
  • Lebih kering
  • Kurang berasid
  • Kurang regangan atau fleksibel

Perubahan ini mungkin menjadi lebih ketara apabila anda mencapai fasa menopaus sepenuhnya.

2. BERSALIN

cara ketatkan faraj longgar

Gambar hiasan: Google.

Ia merupakan perkara semulajadi untuk faraj mengalami perubahan selepas bersalin secara normal. Hal ini kerana, otot faraj akan meregang sewaktu melahirkan untuk membolehkan bayi melalui saluran kelahiran dan keluar dari pintu masuk faraj anda.

Selepas bayi dilahirkan, anda mungkin perasan bahawa faraj terasa lebih longgar sedikit daripada bentuk biasa. Itu adalah perkara biasa.

Faraj sepatutnya mula mengecut kembali beberapa hari selepas bersalin, walaupun ia mungkin tidak kembali kepada bentuk asal sepenuhnya.

Jika anda bersalin berkali-kali, otot faraj lebih berkemungkinan kehilangan sedikit keanjalan. Jika anda tidak selesa dengan ini, terdapat senaman untuk menguatkan otot lantai faraj anda sebelum, semasa dan selepas kehamilan.

CARA KETATKAN FARAJ LONGGAR

cara ketatkan faraj longgar

Gambar hiasan: Google.

Senaman pelvis adalah cara terbaik untuk menguatkan otot lantai pelvis. Otot-otot ini adalah sebahagian daripada dasar (core) anda dan membantu menyokong:

  • Pundi kencing
  • Rektum
  • Usus kecil
  • Rahim

Apabila otot lantai pelvis lemah akibat usia atau bersalin, anda mungkin:

  • Tidak sengaja mengeluarkan air kencing atau membuang angin.
  • Berterusan berasa keperluan untuk kencing.
  • Mengalami kesakitan di kawasan pelvis.
  • Mengalami kesakitan semasa bersetubuh.

Berikut adalah beberapa latihan yang boleh anda cuba untuk menguatkan lantai pelvis.

1. SENAMAN KEGEL

cara ketatkan faraj longgar

Gambar hiasan: Google.

Mari ikuti langkah senaman Kegel ini:

  1. Pilih kedudukan yang anda selesa. Kebanyakan orang lebih suka berbaring telentang untuk Kegels.
  2. Kemut faraj sehingga anda rasa sensasi kemutan itu dengan menahan selama 5 saat.
  3. Lepaskan kemutan secara perlahan-lahan dan berehat selama 5 saat lagi.
  4. Ulangi langkah ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.

Semasa anda membina kekuatan otot lantai pelvis, naikkan masa kepada 10 saat. Cuba untuk tidak mengetatkan paha, perut atau punggung semasa lakukan Kegels. Hanya fokus pada lantai pelvis.

2. SENAMAN KECONDONGAN PELVIS (PELVIC TILT)

cara ketatkan faraj longgar

Gambar Active Care Physio Ottawa: Kiri merupakan postur senaman yang betul manakala, kanan merupakan postur yang salah.

  1. Berdiri dengan bahu dan punggung rapat ke dinding. Pastikan lutut tidak tegang.
  2. Kemutkan pusat ke arah tulang belakang anda. Apabila anda melakukan ini, punggung anda harus mendatar ke dinding.
  3. Kemutkan pusat anda selama 4 saat, kemudian lepaskan.
  4. Ulang beberapa kali sehari.

KONKLUSI

Ingatlah bahawa faraj “longgar” adalah mitos. Faktor umur dan bersalin boleh menyebabkan faraj anda kehilangan sedikit keanjalannya secara semula jadi, tetapi otot faraj anda tidak akan meregang secara kekal. Lama kelamaan, faraj anda akan kembali ke bentuk asal.

Jika bimbang tentang perubahan pada faraj, berhubung dengan doktor untuk membincangkan perkara yang mengganggu. Mereka boleh membantu mengurangkan kebimbangan anda dan menasihati tentang langkah seterusnya.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×