40 Minggu

Rupanya Bayi Dalam Awal Kandungan, Jantina Mereka Satu Bentuk Sahaja

14
SHARES

Tidak ramai yang mengetahui info menarik ini. Rupanya setiap bayi di dalam kandungan, baik lelaki atau perempuan, jantina mereka adalah satu bentuk sahaja. Info ini telah dikongsikan oleh Puan Saidatul Husna sewaktu dirinya sebagai pelajar perubatan.

Dalam hantaran tersebut, dia menjelaskan pada awal perkembangan seksual iaitu sekitar 6 minggu pertama, bentuk jantina bayi adalah satu jenis yang seakan-akan jantina perempuan sebelum ia berubah di minggu berikutnya. Jom baca perkongsian ini untuk tahu dengan lebih terperinci!

Baca juga: [VIDEO] Resepi Dua Menu Sihat Berpantang Ibu Bersalin, Bantu Meriahkan Susu Badan!

SEKITAR 6 MINGGU PERTAMA, BENTUK JANTINA BAYI ADALAH 1 JENIS…

Gambar hiasan: LaureenCarruthers / GettyImages.

8 tahun lepas, ada satu info yang paling saya teruja sewaktu masih student medik. Rupa-rupanya setiap bayi dalam kandungan, baik lelaki atau perempuan, jantina mereka adalah satu bentuk sahaja.

Semasa ibu mengandung, jantina bayi sudah ditentukan semasa DNA mak dan ayah bercampur. XY chromosomes untuk bayi lelaki. XX chromosomes untuk bayi perempuan.

Cuma pada awal perkembangan seksual, sekitar 6 minggu pertama, bentuk jantina bayi adalah satu jenis. Seakan-akan jantina perempuan. Boleh rujuk pada gambar di bawah. (Semasa 1 bulan dalam kandungan).

Sehingga pada minggu ke-7, jika bayi itu lelaki, perlahan lahan bentuknya berubah. Ada hormon testicular yang akan membentuk testis. Menjadikan kemaluan yang asalnya bersifat perempuan menjadi lelaki dan maskulin.

Ditambah pula hormon lain di dalam bayi lelaki, ini akan menyekat pembentukan organ peranakan, seperti rahim, serviks dan tiub falopio.

KIRANYA PADA ASAL RUPA KEMALUAN MEREKA ADALAM SAMA

Baik bayi lelaki atau perempuan, kiranya pada asal rupa kemaluan mereka adalah sama. Kemudian hormon lelaki mengubah bentuk kepada testis dan zakar.

Kalau bayi perempuan pula, ia tidak berubah banyak. Dari keadaan asal satu bulan kandungan, kemudian berkembang lebih sempurna. Tanpa mengubah bentuk asal.

Sebab itulah dunia di dalam rahim ibu ni misteri. Perubahan berlaku dari semasa ke semasa. Tambahan bila melibatkan urusan jantina, ia adalah kuasa Allah yang menentukan.

Sebagaimana firmanNya,

“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim menurut yang Dia kehendaki. Tidak ada tuhan selain Dia. Yang Mahaperkasa, Mahabijaksana.” – Al Imraan : 6

MasyaAllah.

Sumber: Facebook Saidatul Husna

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×