40 Minggu

[VIDEO] Resepi Dua Menu Sihat Berpantang Ibu Bersalin, Bantu Meriahkan Susu Badan!

8
SHARES

Nama pun berpantang, jadinya semuanya dalam keadaan radar pantang termasuklah pilihan makanan buat wanita yang baru melahirkan bayi. Terdapat pelbagai menu pantang yang memberikan kebaikan kepada tubuh badan wanita bersalin termasuklah dapat membantu meriahkan susu badan. Menarik!

Justeru itu, Dhia Thalis Care berkongsi dua menu sup pantang yang boleh meriahkan susu dalam badan selain ia turut sihat kepada ibu yang sedang berpantang. Mari cuba!

Baca juga: “Siapa Cakap Ibu Hamil Ada Kencing Manis Hanya Kena Makan Oats Je?”

DUA MENU SIHAT BERPANTANG BANTU MERIAHKAN SUSU BADAN

Kali ini kami nak ajar menu yang boleh meriahkan susu badan dan paling penting sihat. Menu pertama ialah sup ikan merah.

RESEPI SUP IKAN MERAH!

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Halia.

*hiris halus bahan-bahan di atas.

  • Rempah ratus.
  • Lada hitam.
  • Daun sup.
  • Ikan merah (basuh bersih & dilumurkan dengan air lemon).

CARA PENYEDIAAN:

1. Lada hitam ditumbuk kasar. Pentingnya lada hitam untuk membuatkan angin dalam badan keluar.

2. Kemudian, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dihiris tadi bersama air, rempah ratus, ikan merah dan lada hitam.

3. Masukkan juga bawang putih goreng. Ia berfungsi memberi rasa ‘kick’ pada sup di samping dapat mengeluarkan angin dalam badan. 

4. Jangan lupa hiasi sup dengan daun sup.

5. Pastikan sup sudah menggelegak dan ikan telah masak sebagai tanda siap untuk dimakan.

RESEPI SUP LOBAK PUTIH!

Lobak putih merupakan rahsia kepada susu badan yang melimpah ruah. Jangan lupa cuba tau mummy! Buat resepi ini senang saja.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah.
  • Bawang putih.
  • Halia.

*hiris bahan-bahan di atas.

  • Rempah ratus.
  • Lada hitam.
  • Garam.
  • Daun sup.
  • Lobak putih (dipotong dadu).

CARA PENYEDIAAN:

1. Tumbuk bahan-bahan yang dihiris.

2. Kemudian tumiskan bahan tersebut ke dalam sedikit minyak panas di dalam kuali.

3. Masukkan air bersama garam dan lobak putih.

4. Pastikan ia masak sehingga lobak putih menjadi lembut dan sup menjadi pekat.

5. Jangan lupa hiasi sup bersama bawang putih goreng dan daun sup.

Sup lobak putih sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama nasi putih.

Tambahan pula, menu-menu ini amat sesuai untuk mummy yang baru balik dari hospital dan yang betul-betul abru lepas bersalin.

Selamat mencuba!

VIDEO PENUH:

Sumber: Tiktok Dhia Thalis Care

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×