40 Minggu

“Siapa Cakap Ibu Hamil Ada Kencing Manis Hanya Kena Makan Oats Je?”

13
SHARES

Siapa cakap ibu hamil dengan kencing manis ( GDM) hanya boleh makan oat sahaja? Menurut perkongsian dari Dietitian Fizah, sebenarnya kuantiti karbohidrat yang diambil yang wajib dikira bagi ibu hamil dengan GDM.

Selain itu, beliau juga berkongsi ukuran kuantiti makanan dengan pelbagai jenis makanan karbohidrat seperti di bawah. Jom baca!

Baca juga: Wanita Kongsi Menu Berpantang 27 Hari, Semua Dari Air Tangan Suami!

IBU HAMIL DENGAN KENCING MANIS BUKAN MAKAN OAT SAHAJA BOLEH JUGA MAKAN…

Gambar hiasan: TheAsianParentMalaysia.

Siapa kata ibu hamil dengan kencing manis (GDM) nak kawal gula wajib makan oats?

Ramai ibu dengan GDM, dapat tahu je didiagnos GDM akan tukar makan pagi kepada oats.

“Saya tak biasa makan oats, tapi dipaksa.”

“Takde makanan lain ke saya boleh makan selain oats dan roti wholemeal?”

“Rasa nak muntah makan oats puan.”

Tak wajib makan oats. Bagi ibu hamil dengan GDM kuantiti karbohidrat yang diambil sebenarnya yang WAJIB dikira.

3 sudu oat besar sama dengan 1 senduk nasi. Jika ibu tersebut ambil 3 sudu besar oat tambah dengan 1 buah sebiji tambah dengan susu 1 cawan semua bersamaan dengan 3 senduk nasi.

Mereka perlu hati-hati dan secara am perlu kekal kuantiti karbohidrat antara 3 hingga 4 senduk nilai karbohidrat setiap kali makan berat.

Senang cerita, saya bagi ibu 3 – 4 hinggit saja, 1 senduk (atau bersamaan dengan 1 senduk) kira sebagai 1 hinggit. Nak mix and match pun boleh.

UKURAN MAKANAN 1 RINGGIT = 1 SENDUK = 15 GRAM KARBOHIDRAT

1 hinggit = 1 senduk = 15g karbohidrat adalah seperti berikut:

1. NASI ATAU MI

1 senduk nasi/ mee/meehoon/ kuehteow.

2. OAT ATAU TEPUNG

3 sudu besar oat/tepung.

3. BUAH

1 biji buah sebesar penumbuk.

4. ROTI

1 keping roti (putih/wholemeal).

5. BISKUT

3 keping biscuit.

6. KEJU

2 keping keju.

7. KEKACANG

1 genggam kacang kekacang (tangan boleh tutup bukan kaut camtu je na).

8. SUSU

1 cawan susu (full cream ke rendah lemak ke sama kuantiti).

SECARA AM:

Ingat perlu ambil 3 – 4 higgit sekali makan berat (sarapan/lunch/dinner), mix and match dan jangan lupa SAYUR HIJAU SEPARUH PINGGAN (2 senduk).

Nanti saya terangkan dalam posting lain kenapa sayur hijau tu wajib.

PS: Ini salah satu sahaja nasihat adalah secara am bagi ibu GDM on diet control SAHAJA (kalau ada ubat lain cerita),
WAJIB jumpa dietitian di fasiliti kesihatan untuk tahu banyak lagi nasihat yang berkaitan untuk kawal bacaan gula.

Sumber: Facebook Dietitian Fizah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×