40 Minggu

Wanita Kongsi Menu Berpantang 27 Hari, Semua Dari Air Tangan Suami!

44
SHARES

Bertuahnya badan wanita bernama isteri, ketika berpantang dapat layanan terbaik dari seorang suami. Suami yang menguruskan anak termasuklah memasakkan makanan berpantang si isteri.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh Puan Uniza Kamaluddin, di mana suaminya menyediakan makanan berpantang sewaktu 27 hari dia dalam proses itu. Jom lihat menu-menu di bawah yang boleh juga anda di luar sana untuk mencubanya!

Baca juga: Wanita Hamil Tak Selamat Ambil Rempah Saffron, Bahan Masak Termahal Dunia

MENU BERPANTANG 27 HARI, HASIL AIR TANGAN SUAMI

Menu berpantang 27 hari.

Ni bukan menu dari CL. Tapi, hasil air tangan suami. Katanya masak dengan penuh kasih sayang.

Tapi, setiap kali nak menyuap ke mulut, terdengar sedikit pesanan ” kalau tak habis, esok tak masak dah”.  Eh, takkan lah tak habis. Alhamdulillah, sedap-sedap semuanya.

MENU BERPANTANG 27 HARI:

HARI KETIGA

Sup ikan merah bersama tomato, salad dan sunkist.

HARI KEEMPAT

Sayur bening sawi, ikan bakar dan epal.

HARI KELIMA

Ayam goreng tanpa minyak, sup lobak putih dan lobak merah dan sunkist.

HARI KEENAM

Singgang ikan, brokoli masak butter dan epal.

HARI KEENAM (MAKAN MALAM)

Singgang ikan bersama tomato, salad, bawang putih garing dan buah pear.

HARI KETUJUH

Sup ayam bersama kentang dan lobak, salad, bawang putih dan halia crunchy dan sunkist.

HARI KETUJUH (MALAM)

Sup ayam bersama kentang dan lobak, peria masak butter tanpa minyak dan sunkist.

HARI KELAPAN

Ayam bakar madu, sup sawi bersama lobak dan sunkist.

HARI KESEMBILAN

Ayam masak halia bersama lobak, salad dan epal.

HARI KESEPULUH

Ikan bawal masak halia bersama tomato, sayur sawi masak bening dan anggur.

HARI KE 11

Ayam dan brokoli bakar bersama tomato, bawang putih garing , anggur dan sunkist.

HARI KE 11 (MALAM)

Ayam bakar bersama brokoli dan lobak, sup lobak putih dan merah , anggur.

HARI KE 12

Ikan Bakar serai, sup sawi dan anggur.

HARI KE 13

Bubur nasi, ayam goreng tanpa minyak dan halia garing, sunkist.

HARI KE 14

Sup ayam , salad, bawang putih garing dan anggur.

HARI KE 15

Sup sawi, yam goreng tanpa minyak dan anggur.

HARI KE 18

Ikan goreng tanpa minyak, sup sayur campur sawi dan lobak dan sunkist.

HARI KE 19

Singgang ikan , bawang putih garing dan sawi.

HARI KE 20

Bubur nasi bersama bawang putih dan halia garing, peria masak butter.

HARI KE 21

Ikan goreng tanpa minyak, bubur nasi, peria goreng, bawang putih rangup dan buah pear.

HARI KE 22

Singgang ikan, peria goreng tepung, sayur sawi, dan limau.

HARI KE 23

Ayam bakar, sup sawi bersama bawang putih dan limau.

HARI KE 24

Sup ayam, brokoli dan lobak masak butter dan limau.

HARI KE 25

Ayam masak halia, anggur dan sawi bening.

HARI KE 26

Ikan goreng , sup sayur sawi dan anggur.

HARI KE 27

Nasi ayam, sup kosong dan anggur.

Sumber: Facebook Uniza Kamaluddin via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×