Berpuasa ketika hamil adalah perkara yang diharuskan dalam Islam jika tidak melibatkan sebarang bahaya kepada kesihatan badan. Namun, ramai dalam kalangan ibu memilih untuk cuba berpuasa kerana manisnya berada di dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
Dari segi kesihatan pula, Dr Imelda Balchin dalam sebuah perkongsian beliau pernah menegaskan bahawa ibu hamil dan kandungan yang sihat selepas trimester pertama boleh berpuasa jika hendak berpuasa. Tetapi awas, jika anda mengalami 5 tanda di bawah, dinasihatkan untuk berbuka puasa dengan segera!
Baca juga: Jadual Pam Susu Badan Untuk Mudahkan Mommy, Ikut Betul-Betul Boleh Elak Payudara Sakit
TANDA BERPUASA KETIKA HAMIL YANG SI IBU WAJIB BUKA PUASA!

Foto: wsj.com
1. Apabila pergerakan bayi kurang
Apabila bayi semakin kurang bergerak dalam kandungan, ibu hamil mesti berwaspada, kerana ini adalah tanda si ibu perlu berbuka puasa. Sekiranya bayi kurang aktif bergerak, ibu dalam trimester kedua khususnya perlu segera menghubungi doktor bagi bertanyakan keadaan ini.
Cuba kira berapa banyak bayi bergerak dan menendang selama dua jam apabila bayi biasanya aktif. Sekiranya bilangan pergerakan dan tendangan berkurangan ketika ibu hamil berpuasa, anda harus segera membatalkan puasa.
2.Hidung berdarah
Tanda bahawa wanita hamil perlu berbuka puasa seterusnya adalah jika mereka mengalami pendarahan hidung. Hormon kehamilan menyebabkan aliran darah meningkat di samping menyebabkan saluran darah hidung membengkak dan mudah pecah. Sebab itu ibu hamil mudah mengalami pendarahan hidung.
Sebenarnya, pendarahan hidung semasa mengandung tidak menimbulkan bahaya yang besar, tetapi anda mesti tetap memberi perhatian jika ini berlaku semasa berpuasa. Antara tandanya:
-Menjadi pening atau letih serta-merta selepas pendarahan hidung
-Kesukaran bernafas semasa pendarahan hidung
-Dada terasa sakit dan sesak apabila anda mengalami pendarahan hidung
-Pendarahan dari hidung tidak berhenti selepas 30 minit
3.Ibu hamil yang risiko tekanan darah tinggi
Tanda bahawa wanita hamil perlu membatalkan puasa seterusnya adalah risiko mengalami tekanan darah tinggi. Wanita hamil yang berisiko tinggi atau telah disahkan menghidap preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa hamil) mesti segera membatalkan puasa mereka.
Ini dapat dilihat apabila wanita hamil mengalami gejala seperti mata keruh, sakit kepala, bengkak di kaki dan tangan, kesukaran bernafas, dan loya dan muntah. Cepat-cepat buka puasa!
4.Dehidrasi
Tanda pertama ibu hamil perlu berbuka puasa ialah mengalami dehidrasi. Lebih-lebih lagi, wanita hamil yang memerlukan lebih banyak pengambilan cecair berbanding orang lain ketika berpuasa.
Mengalami dehidrasi semasa kehamilan boleh membawa maut. Hal ini kerana, dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan wanita hamil mengalami sawan atau renjatan akibat tekanan rendah.
5.Mual dan muntah
Tanda-tanda wanita hamil perlu berbuka puasa seterusnya adalah jika mereka mengalami loya dan muntah. Sekiranya wanita hamil sebelum ini tidak mengalami loya dan muntah, tetapi tiba-tiba terasa seperti ini ketika berpuasa, hendaklah segera berbuka.
Loya dan muntah yang dialami ibu hamil ketika berpuasa tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi simptom masalah kesihatan yang lebih serius. Sekiranya wanita hamil mengalami perkara ini, segera makan makanan berkhasiat dan berehat sehingga loya dan muntah berhenti.

Foto: MomJunction
*Jangan pandang remeh tau!
Baca juga: 7 Jenis Makanan Yang Kaya Dengan Asid Folik, Badan Bakal Mommy Makin Subur & Sihat!
Sumber: Liputan6, Imelda Balchin