40 Minggu

Sedap Dan Berkhasiat, Ambil 5 Jenis Makanan INI Kalau Nak Cepat Hamil

10
SHARES
makanan untuk cepat hamil

Selepas berkahwin, sudah pasti setiap pasangan suami isteri tidak sabar pula untuk mendapat cahaya mata. Namun, rezeki untuk mendapatkan cahaya mata ini bukanlah mudah untuk setiap pasangan kerana ada yang perlu tunggu bertahun-tahun untuk hamil. Selain ikhtiar secara medikal, ada juga makanan untuk cepat hamil boleh diamalkan.

Buat anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, berikut merupakan antara 5 pilihan makanan yang wajib untuk diamalkan. Mana tahu, dapat membantu badan jadi lebih sihat?

Baca juga: Hukum Simpan Tali Pusat Bayi Dalam Islam VS Adat Melayu Lama, Yang Mana Nak Ikut?

5 MAKANAN UNTUK CEPAT HAMIL, BOLEH AMALKAN

makanan untuk cepat hamil

1.Buah Zuriat

Buah ini juga dikenali sebagai buah Adam dan Hawa dan sangat mudah didapati di Kota Mekah dan Madinah. Buah ini mampu menambah kepekatan sperma dan menguatkan dinding rahim wanita. Kalau ada sesiapa kenalan rapat yang bakal ke Mekah tidak lama lagi, jangan lupa kirim!

Cara untuk makan: Ambil dan kopek, rebus dan minum airnya hari-hari pada waktu yang sama.

2.Sayur kubis hijau

Sayur kubis hijau mempunyai kandungan Metana di-indole dan sangat bagus untuk cegah fibrosis and endometriosis yang sebenarnya menghalang wanita untuk hamil. Jadi, sayur ini boleh dimasukkan ke dalam menu seharian bagi membantu anda untuk mudah hamil.

3.Brokoli

Sayur ini kaya dengan asid folik, zat besi dan vitamin C yang diperlukan ovari. Pengambilan brokoli ini akan matangkan telur dan bantu proses ovulasi dan memudahkan percubaan untuk hamil. Bukan sahaja mudah untuk didapati malah brokoli ini sangat enak dimasak dalam menu apa sahaja.

4.Buah delima

Buah delima memang popular dengan khasiatnya untuk mencantikkan kulit, tambah pula kalau dimakan semasa hamil. Namun, tahukah anda bahawa buah delima juga sangat bagus dimakan jika anda tengah mencuba untuk hamil? Bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, malah buah delima ini juga boleh dijadikan sebagai jus.

5.Ikan salmon

Bukan sahaja enak, malah ikan salmon yang kaya dengan Omega-3 ini disarankan untuk diambil untuk memudahkan proses hamil. Ikan salmon yang sangat bagus untuk menambah dan melancarkan aliran darah dalam organ reproduksi sekaligus menjadikan ovari kita subur dan sihat.

makanan untuk cepat hamil

*Enak-enak semua makanan yang perlu diamalkan ini. Boleh beli cepat-cepat!

Baca juga: Cara Makan Pil Perancang Yasmin Dengan Betul, Jangan Terkejut Kalau Haid Tiba-Tiba Ada..

Sumber: Lemon8

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×