Sihat

Minum Air Bunga Telang Sebelum Sarapan Jadi Penawar Penyakit, Buat Macam INI..

16
SHARES
air bunga telang

Seringkali jika anda berkunjung ke negeri Kelantan atau Terengganu, penggunaan bunga telang sebagai pewarna makanan di sana merupakan perkara biasa seperti nasi kerabu. Namun, tahukah anda bahawa air bunga telang juga mempunyai khasiat yang luar biasa untuk kesihatan badan?

Tanaman yang berasal dari benua Asia ini bukan sahaja dijadikan pewarna tradisional (biru) kepada makanan namun, penggunaannya secara meluas dalam petua kesihatan turut diamalkan oleh orang tua. Macam mana kita nak buat air bunga telang tersebut?

Baca juga: Guna 5 Bahan Jadikan ‘Jus Hijau’ Dan Amalkan Setiap Hari Boleh Elak Nyanyuk

KHASIAT AIR BUNGA TELANG, RAWAT PELBAGAI PENYAKIT

air bunga telang

Nama lain bagi bunga telang ialah butterfly pea vine, blue pea, anchan (Thailand), Pukinggan (Filipina) dan Dau biec (Vietnam). Pada zaman dahulu sebelum terjumpanya bahan pewarna seperti yang terdapat dengan mudah sekarang, bunga kacang telang amat popular digunakan sebagai pewarna makanan khususnya untuk memberi warna biru dalam masakan dan makanan.

Mudah sahaja nak buat air bunga telang ini, caranya:

-Ambil bunga telang, kelopak yang berwarna hijau jangan dibuang.

-Isi air panas ke dalam cawan yang berisi bunga telang tersebut

-Boleh tambahkan jus lemon, perahan limau atau madu untuk meningkatkan rasanya.

-Kemudiankan biarkan selama 20 minit

-Minum sebelum sarapan (disarankan untuk anda yang menghidap kanser)

Menurut sebuah kajian pada tahun 2021, ekstrak bunga telang mungkin dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70% selepas penggunaan. Selain itu, kebaikan mengamalkan air bunga telang ini juga mampu untuk:

1.Bunga telang mampu mencuci pasir-pasir kotor atau lendir di usus dan buah pinggang.
2.Bantu cegah dari kanser.
3.Cuci dalaman tubuh, untuk orang yang kuat merokok.
4.Merawat kencing manis.
5.Membantu merawat asma.
6.Bantu betulkan kitaran haid.
7.Menggalakkan pertumbuhan rambut.

MACAM MANA NAK TANAM?

Tumbuhan ini membiak dengan cara keratan batang atau biji. Sifatnya yang menjalar menjadikannya sesuai untuk tanaman pagar ataupun sebagai tanaman untuk pasu gantung. Bunganya yang berwarna ungu kebiruan akan mekar sepanjang tahun.

Untuk menyemainya, biji benih direndam dalam air selama 3 hingga 4 jam sebelum disemai dalam tanah. Selalunya benih akan mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Untuk keratan batang pula semai dalam pasir yang lembap dan pastikan airnya mencukupi.

Tumbuhan ini perlu selalu dipotong rantingnya untuk memastikan pertumbuhan ranting baru tidak terbantut. Bukan sahaja cantik malah manfaatnya turut meluas!

air bunga telang

Baca juga: 5 Petua Orang Dulu-Dulu Guna Limau Kasturi Jadi Ubat Mujarab, Tak Sangka Semudah Ini!

Sumber: Hello Doktor, Tiktok @munihasbullegasi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×