Dapur

5 Petua Orang Dulu-Dulu Guna Limau Kasturi Jadi Ubat Mujarab, Tak Sangka Semudah Ini!

52
SHARES
kebaikan limau kasturi

Buah limau kasturi merupakan salah satu jenis penyedap rasa bagi setiap makanan. Tambah pula kalau orang Malaysia, hampir kesemua jenis makanan dan minuman hendak ditambahnya limau kasturi ini supaya ada rasa masam dan bau yang harum. Namun, ada banyak lagi kebaikan limau kasturi ini untuk kesihatan badan.

Berikut merupakan antara 5 petua kesihatan menggunakan buah limau kasturi yang masih ramai tidak tahu. Tidak menelan kos yang tinggi, buah limau kasturi juga sangat mudah untuk didapati di pasaran!

Baca juga: Cara Rebus Telur Separuh Masak Jadi 100% Macam Di Kopitiam, Tak Cair & Tak Keras Sangat!

KEBAIKAN LIMAU KASTURI RAMAI TAK TAHU, ADA 5 PETUA

kebaikan limau kasturi

Limau kasturi ini selain daripada penyedap makanan, banyak tau khasiatnya. Macam macam petua orang dulu-dulu untuk kesihatan badan guna limau ni.

1. Hilangkan batuk

Limau kasturi +kicap + garam = Minum setiap pagi dan malam. InsyaAllah batuk akan beransur pulih.

2. Hilangkan sakit kepala

Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

3. Mengurangkan lelah

Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh minumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tidak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.

4. Menghilangkan bau badan

Cara pertama adalah dengan memerah dua biji limau kasturi ke dalam air mandian. Lagi satu cara lagi, anda boleh gosok limau kasturi yang telah dibelah dua terus pada kawasan yang berbau.

5. Turunkan berat badan

Perahan limau kasturi dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Seeloknya, teh itu panas suam kerana kesannya lebih cepat. Amalkan minum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

*Mesti anak-anak pun suka kalau beri ubat berasakan buah limau kasturi ini kerana rasanya yang sedap. Mudah betul nak sihat!

Baca juga: Cara Pilih Jenis Sotong Segar Di Pasar Ramai Tak Tahu, Manis Bila Dimasak Lain Macam!

Sumber: Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×