Bau badan busuk dan masam sudah tentunya boleh mengganggu orang sekeliling dan membuatkan diri anda hilang keyakinan diri. Sekiranya pelbagai cara hilangkan bau badan sudah dicuba namun masih lagi tidak berjaya, apa kata ikut petua dikongsikan di bawah ini.
Menerusi perkongsian tersebut, cara hilangkan bau badan adalah dengan hanya mengguna dua bahan sahaja. Sudah pastinya lebih menjimatkan dan mudah. Jom cuba!
Baca juga: Cara Rawat Rambut Gugur & Botak Guna Air Rebusan Ini, Pasti Makin Lebat!
CARA HILANGKAN BAU BADAN GUNA BAHAN SEMULA JADI
Bahan-bahan diperlukan:
- Serai
- Daun pandan
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh daun pandan dan serai sehingga bersih.
2. Kemudian, potong kecil daun pandan dan serai.
3. Letakkan air ke dalam periuk dan biarkan sehingga mendidih.
4. Setelah itu, masukkan serai dan daun pandan.
5. Biarkan beberapa minit sehingga air benar-benar menggelegak.
6. Angkat dan tapiskan.
Amalkan minum air rebusan ini setiap hari agar bau badan hilang dan kekal wangi.
Walau bagaimanapun, jika air rebusan ini tidak dapat membantu menghilangkan bau badan, anda perlu dapatkan rawatan pakar atau berjumpa doktor kerana risau perkara ini membabitkan masalah kesihatan.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan sedikit sebanyak mampu membantu menghilangkan bau badan anda.
Baca juga: Rahsia Cuci Tandas Yang Ramai Tak Tahu, Lantai Pasti Tak ‘Berkerak’!
Sumber: Instagram Puteri Kasim