Famili

Jangan Teruja Bila Nampak Iklan Kerja Kosong, Semak Dulu Supaya Tak Kena Scam!

23
SHARES
IKLAN KERJA KOSONG

Setiap kali ada iklan kerja kosong pasti anda teruja kerana ingin memohon jawatan tersebut. Namun, perlu diingatkan agar sentiasa berhati-hati supaya tidak ditipu.

Terdapat beberapa teknik penipuan dalam iklan kerja kosong yang anda perlu tahu. Ikuti perkongsian penuh di bawah bagi mengelakkan anda menjadi mangsa seterusnya.

Baca juga: Individu Luah Rasa Kecewa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

IKLAN KERJA KOSONG KENA HATI-HATI, TAKUT SCAMMER

IKLAN KERJA KOSONG

1. Perlu mengisi maklumat peribadi

Sekiranya anda perlu mengisi maklumat peribadi seperti nama ibu bapa, kad pengenalan keluarga dan lain-lain yang tidak berkaitan, ini merupakan antara taktik penipuan dalam iklan kerja kosong.

Lebih mencurigakan sekiranya maklumat tersebut diisi melalui platform Google Form. Elakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar penyalahgunaan data tidak berlaku.

2. Menggunakan laman web percuma

Taktik penipuan iklan kerja kosong yang seterusnya adalah pihak syarikat menggunakan laman web percuma. Perlu diingatkan, syarikat besar biasanya mempunyai laman web mereka tersendiri.

Penipuan jawatan kosong akan menggunakan nama syarikat besar tetapi laman web percuma seperti blogspot, wordpress dan lain-lain.

Bagi mengelakkan anda tertipu, pastikan lebih berhati-hati dan dapatkan maklumat lanjut tentang syarikat yang ingin dimohon.

3. Meminta wang semasa temu duga

Selanjutnya, jika syarikat tersebut meminta wang semasa temu duga, pastikan anda tidak mudah terpedaya. Tidak ada sebarang peraturan yang mewajibkan anda untuk memberi wang ketika proses temu duga.

4. Terlalu cepat dapat panggilan temu duga

Sesetengah orang pasti gembira sekiranya mendapat panggilan temu duga namun sekiranya terlalu cepat menerima panggilan, ia mungkin salah satu teknik penipuan untuk iklan kerja kosong.

Mudah sahaja untuk mengetahui taktik ini di mana mereka akan memberi mesej melalui aplikasi seperti Whatsapp dan memberitahu semua maklumat secara terperinci.

5. Profil syarikat tidak ditemukan

Sebelum menghantar sebarang permohonan kerja kepada syarikat yang diingini, lebih bagus sekiranya anda menyemak profil syarikat terlebih di internet.

Jika nama syarikat tidak ditemui, walaupun maklumat yang diberikan sepadan dengan alamat, lebih baik lupakan niat anda untuk memohon pekerjaan di syarikat tersebut.

6. Banyak kesalahan ejaan di iklan kerja kosong

Selain itu, antara cara untuk mengenalpasti iklan kerja kosong itu satu penipuan adalah dengan membaca ayat iklan tersebut. Jika banyak kesalahan ejaan atau typo di dalamnya, itu menunjukkan syarikat tersebut tidak profesional.

Walaupun manusia boleh melakukan kesilapan, tetapi apabila berkaitan pekerjaan pasti mereka mempunyai standard tersendiri seperti tatacara menulis iklan yang bagus.

7. Syarat terlalu mudah

Kebanyakan syarikat pasti mencari pekerja yang bersesuaian dan memenuhi syarat ditetapkan. Namun, jika syarikat tersebut memaparkan syarat terlalu mudah, itu sudah tentunya satu penipuan.

Hal ini kerana jawatan tidak sewenang-wenangnya boleh diberikan kerana ia melibatkan kewangan syarikat.

Jadi, pastikan anda lebih berhati-hati jika melihat iklan kerja kosong di internet atau di luar.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: ‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!

Sumber: IDN Times

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×