Famili

Individu Luah Rasa Kecewa Cikgu Pilih Kasih, Lantik Pengawas Untuk Anak Sendiri!

20
SHARES
PENGAWAS SEKOLAH

Setiap sekolah pasti ada pelajar yang menyandang jawatan sebagai pengawas sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan keadan murid dalam keadaan disiplin dan teratur.

Walau bagaimanapun, isu mengenai jawatan di sekolah menjadi perbualan apabila ada yang menyatakan anak-anak cikgu lebih diberi perhatian.

Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara

CIKGU PILIH KASIH, PILIH ANAK SENDIRI JADI PENGAWAS SEKOLAH

PENGAWAS SEKOLAH

Sekadar gambar hiasan

Perkara ini diluahkan oleh insan bernama Akmal di laman Facebooknya, Jelasnya anak cikgu lebih senang terpilih di sukan sekolah atau jawatan.

“Pengalaman setiap orang berbeza-beza. Itu kita tak nafikan. Memang wujud jenis cikgu yang nak anak dia terpilih dalam aktiviti sekolah yang ada baik uniform, kelab mahu pun sukan,” katanya.

Dia turut menambah sekiranya anak cikgu tersebut tidak terpilih dalam apa-apa jawatan di sekolah, pasti akan menjadi isu besar atau terasa hati.

“Kalau anak tak terpilih, mula lah akan jadi isu dan mengeruhkan suasana. Entah apa-apa,” luahnya.

Akmal juga menjelaskan bahawa dia sendiri tidak tersinggung sekiranya jika anda tidak disenarai pendek untuk menyertai permaianan bola hal ini kerana dia sendiri tahu kemampuan anaknya untuk bermain bola.

“Bagi saya sendiri, saya tak kisah kalau Akif tak terpilih wakil pra sekolah main bola sebab saya sendiri tahu Akif ni macam mana,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan luahan yang ditulis oleh Akmal di laman Facebooknya itu.

“Jadi pengawas sekolah, ketua kelas atau segala jawatan pun biasanya dari anak-anak mereka juga. Kecil-kecil dah pandai main kabel,” tulis salah seorang pengguna media sosial.

Baca juga: ‘Rahsia’ Nak Dapatkan Kiraan Merit Tinggi, Calon SPM Kena Ambil Tahu!

Sumber: Facebook Akmal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×