Didik

Senarai Biasiswa Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara

BIASISWA LEPASAN SPM

Adik-adik dah semak keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Sekiranya keputusan cemerlang dan memiliki impian untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, ada beberapa senarai biasiswa lepasan SPM boleh dimohon.

Setiap biasiswa ada syarat kelayakan tersendiri dan anda boleh memohonnya mengikut kriteria yang ditetapkan. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: PM Umum Pelajar Tahap Dua & IPT Terima Baucar Buku Bernilai RM100

BIASISWA LEPASAN SPM UNTUK KE LUAR NEGARA

BIASISWA LEPASAN SPM

1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Pelajar lepasan SPM yang cemerlang dan mendapat sekurang-kurangnya 9A dalam peperiksaan, boleh membuat permohonan untuk biasiswa ini.

2. Biasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Peluang terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Tulen (Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik) di universiti tempatan atau luar negara.

3. Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Biasiswa ini sesuai untuk pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan elektrik, mekanikal dan teknologi maklumat di universiti luar negara.

4. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM)

Pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi, perbankan, kewangan dan sains komputer di universiti luar negara, boleh memohon biasiswa ini.

5. Biasiswa Petronas

Biasiswa ini sesuai untuk pelajar yang ingin meneruskan pelajaran dalam bidang kejuruteraan, teknologi, sains dan perniagaan di universiti luar negara.

6. Biasiswa Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby mempelawa lepasan SPM yang berkelayakan untuk memohon biasiswa bagi melanjutkan pengajian di universiti global terkemuka.

7. Biasiswa Asean Scholarships

Biasiswa yang ditawarkan kerajaan Singapura ini adalah untuk pelajar-pelajar cemerlang dari negara-negara ASEAN termasuk Malaysia, untuk melanjutkan pengajian.

8. Biasiswa Standard Chartered Bank

Sekiranya pelajar lepasan SPM ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perbankan, kewangan, perniagaan dan sains komputer di luar negara boleh memohon biasiswa ini.

9. Biasiswa Affin Bank

Bantuan kewangan untuk individu yang layak dari Universiti atau Kolej terpilih untuk program pendidikan mereka.

10. Biasiswa Maybank

Hampir 2,000 pelajar Malaysia telah mendapat manfaat daripada program ini dalam bidang perbankan dan kewangan daripada beberapa universiti terbaik di dunia.

11. Biasiswa CIMB Bank

Pelajar lepasan SPM boleh menyambung pelajaran dalam bidang sains komputer, sains data dan psikologi, perakaunan, ekonomi dan Kewangan di univerisiti luar negara.

12. Biasiswa Top Glove

Program Biasiswa Yayasan TG telah ditubuhkan dengan objektif membantu pelajar yang layak melanjutkan pelajaran di universiti awam tempatan dan universiti Taiwan terpilih.

13. Biasiswa Yayasan UEM

Yayasan UEM memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM yang layak untuk melanjutkan pengajian di universiti ternama dalam dan di luar negara.

Tawaran itu adalah untuk calon ditaja oleh 2 peringkat A-level dan mahasiswa di kolej dan universiti berprestij dalam dan luar negara. Ini tertakluk kepada prestasi akademik pelajar.

14. Biasiswa Shell Malaysia

Pelajar lepasan SPM yang ingin melanjutkan pelajaran di univerisiti luar negara dalam bidang kejuruteraan, sains, dan perniagaan boleh mohom biasiswa ini.

Jadi, adik-adik jangan lepaskan peluang untuk memohon senarai biasiswa di atas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Tebus Baucar Buku RM100, Guna Aplikasi DELIMa KPM Ini

Sumber: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×