Famili

Nak Sambung Belajar Oversea Selepas SPM? Adik-Adik Kena Buat 7 Langkah Ini Untuk ‘Lepas’!

47
SHARES
belajar luar negara

“Seronoknya tengok kakak-kakak senior sambung belajar luar negara. Aku pun nak juga lepas SPM nanti!..”

Siapa sahaja yang tidak pernah mengimpikan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bukan? Bahkan inilah yang menjadi titik tolak untuk ramai dalam kalangan pelajar menjadi lebih cemerlang bagi melayakkan diri supaya dapat melangkah ke institusi pendidikan idaman di luar negara. Seronoknya bila tengok pelajar-pelajar luar negara dalam filem bukan?

Oleh itu, berikut merupakan proses yang perlu dilakukan dan ditempuh oleh para pelajar untuk sambung belajar di negara-negara yang dipilih. InsyaAllah, kalau ada usaha mesti berjaya!

Baca: Nak Masuk MRSM, SBP & Sekolah Kluster Kena ‘Reject’ Sebab T20? Kena Tahu Beza 3 Sekolah Ini

NAK SAMBUNG BELAJAR LUAR NEGARA? INI PROSES ADIK-ADIK KENA BUAT..

belajar luar negara

1.Pilih Program Pra-Unversiti

Ini merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan kalau mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebelum pilih program pengajian, anda perlu tahu dan senaraikan negera manakah yang ingin dituju untuk sambung belajar. Contoh negara yang sering menjadi pilihan adalah United Kingdom dan Mesir. Inilah masanya untuk ambil tahu juga berapa harga yuran mengikut kepada bajet masing-masing.

2.Semak Syarat Kemasukan

Setiap universiti dan negara mempunyai kriteria kemasukan khusus. Ini termasuk daripada kelayakan akademik hingga ujian kecekapan bahasa. Apa yang penting adalah, dari awal lagi pelajar harus melayari laman web universiti yang dipilih dan menyemak dengan teliti syarat kemasukan institusi pilihan.

Bukannya apa, untuk mengelakkan dari diri mengalami kekecewaan kerana tidak cukup kriteria, anda perlu ambil tahu dan memenuhi piawaian akademik yang dinyatakan oleh universiti tersebut. Antara syarat kemasukan yang paling penting ialah keputusan minimum SPM, keperluan subjek khusus dan ujian penguasaan Bahasa Inggeris seperti IELTS atau TOEFL.

3.Hantar Borang Permohonan dan Dokumen 

Jangan ralit apabila telah masuk fasa proses ini kerana kebanyakan universiti menyediakan portal permohonan dalam talian dan mengwar-warkan informasi kemasukan juga secara online. Pelajar hanya perlu mengisi borang yang diperlukan dan memuat naik dokumen penting dalam portal tersebut. Dokumen-dokumen penting ini termasuk transkrip akademik, referral letter atau surat rujukan dari guru atau mentor dan penyata peribadi. Borang permohonan dan dokumen peribadi ini harus dihantar sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

4.Tunggu Surat Tawaran

Apabila sudah selesai menghantar segala borang permohonan yang diperlukan oleh pihak universiti tersebut, pastikan anda sentiasa menyemak emel peribadi untuk sebarang makluman balas. Mana tahu, dalam tempoh tertentu sudah mendapat jawapan!

Sesetengah universiti akan menjadualkan sesi temu duga dan ada juga yang akan terus menghantar surat tawaran jika pelajar layak untuk mendaftar di universiti tersebut. Namun ingat, pelajar yang menjawab sebarang permintaan dengan SEGERA dapat mengukuhkan lagi pencalonan kerana telah menunjukkan komitmen yang proaktif. Konsepnya, siapa cepat mestilah dia dapat dahulu!

5.Mohon Biasiswa

Bukan semua pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara datangnya daripada keluarga yang berada bukan? Jadi, permohonan bantuan biasiswa amat penting bagi meringankan beban supaya dapat mengejar cita-cita. Banyak universiti dan organisasi luar yang menyediakan program biasiswa untuk pelajar antarabangsa, termasuk dari Malaysia.

Untuk meningkatkan lagi peluang mendapat kelayakan bantuan, pelajar boleh memohon lebih dari satu dan kemudian pilih mengikut keperluan diri. Sama seperti memohon universiti, pelajar juga harus semak kriteria kelayakan, tarikh akhir permohonan dan dokumen yang diperlukan untuk setiap biasiswa. Contoh biasiswa yang sering dimohon adalah MARA dan JPA.

6.Mohon visa pelajar

Dah berjaya dapat tawaran? Apa lagi, jom kita mohon visa pelajar juga supaya urusan berada di luar negara lebih mudah dan selamat! Proses ini mungkin berbeza-beza bergantung pada negara yang dipilih dan pelajar harus menyemak keperluan visa daripada laman web rasmi kedutaan negara yang dipilih. Keperluan Visa ini termasuk borang permohonan, surat tawaran, kestabilan kewangan dan banyak lagi. Visa pelajar juga mempunyai yuran yang perlu dibayar mengikut kaedah pembayaran negara yang dipilih. Kemudian, pelajar hanya harus menunggu Visa mereka diproses.

7.Beli tiket penerbangan!

Setelah selesai semua proses yang dinyatakan di atas, inilah masanya untuk and membeli tiket penerbangan ke negara yang dipilih. Pastikan segala insurans juga disertakan bersama pembelian tiket penerbangan tersebut dan pilihlah waktu penerbangan yang sampai lebih awal ke lokasi negara pilihan supaya tidak terkejar-kejar dengan masa.

belajar luar negara

*Selamat melanjutkan pelajaran di luar negera! Seperti hadis dari Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī, “Tuntutlah ilmu, walau sampai ke negeri China, sesungguhnya menuntut ilmu itu fardhu kepada setiap Muslim…”

Baca juga: 10 Bidang Pekerjaan Paling ‘Laku Keras’, Kalau Masuk IPTA Pilih Jurusan Ini Tau!

Sumber: Pandai.org

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×