Dapur

Resepi Agar-Agar Gula Merah, Pastikan Guna Sukatan INI Kalau Nak Jadi Elok!

58
SHARES
agar-agar gula merah

Setiap kali pulang ke kampung, sudah semestinya akan dihidangkan agar-agar gula merah yang dibuat oleh ibu atau nenek bukan? Nampak macam mudah tetapi kalau tidak kena caranya, agar-agar akan menjadi keras dan kurang manis atau terlebih manis.

Jadi, untuk mengembalikan nostalgia makan agar-agar gula merah ini atau nak dihidangkan kepada tetamu, berikut merupakan cara yang dikongsikan supaya agar-agar anda menjadi dengan elok!

Baca juga: 10 Idea Menu Jamuan Hari Raya Untuk Sekolah Anak, Memang Cikgu Puji!

RESEPI AGAR-AGAR GULA MERAH MACAM DULU-DULU

agar-agar gula merah

Air dan gula guna sukatan cawan sahaja! Minggu ni, kali ke-3 buat Agar-Agar Gula Merah. Pertama kali buat untuk tetamu datang beraya. Kali kedua buat jenguk Kakak Farzana di Asrama. Petang semalam Lz buat lagi untuk geng Potluck pagi ni. InshaaAllah. Simpan dalam peti sekejap dah licin. Bayangkan sejam sebelum tetamu sampai pun boleh settle. Simpan dekat beku tu cepat sahaja agar-agar ni mengeras. Okay, sini resepi untuk seloyang persegi ukuran 7×7 ;

Bahan-bahan:

-18g agar-agar tali
-5 cawan Air
-3/4 cawan gula pasir
-1 cawan gula merah
-1 biji telur
-1 kotak kecil santan
-Secubit garam
-Daun pandan secukupnya

agar-agar gula merah

Cara-caranya:

1.Masukkan agar-agar tali dalam periuk. Letak air.

2.Letak daun pandan.

3.Rebus sampai agar-agar hancur dan berbuih macam ni. Terus masukkan gula pasir.

4.Masukkan juga gula merah. Biar mendidih dan gula hancur semua dan tapiskan.

5.Telur dan santan satukan. Letak secubit garam dan kemudian kocok.

6.Masukkan campuran santan dan telur tadi. Tips : api kecil. Masukkan secepat mungkin terus kacau laju-laju. Utk elak santan dan telur berketul. Sentiasa kacau ya!

7.Sampai mendidih dapat tekstur macam ni. Halus dan rapat. Ini yg akan menentukan rupa lapisan santan kita nanti.

8.Ini untuk yg pandan. Letak emulco pandan. Abaikan yg gula merah.

9.Dah mendidih tadi terus letak diloyang. Tunggu mengeras boleh simpan peti. Nak cepat lagi terus simpan di beku dalam 1 jam.
Tips : basahkan dulu loyang. Nak mudah keluarkan agar-agar nanti

10.Dah betul keras. Sisipkan pisau keliling loyang. Terus terbalikkan dan boleh potong.

*Elok kejadiannya dan boleh diletakkan dalam bekas!

Baca juga: Cara Buat Donut Gebu Anti-Gagal, Sampai Malam Pun Kembung Elok!

Sumber: Mizah Ngatiman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×