Dapur

Cara Buat Donut Gebu Anti-Gagal, Sampai Malam Pun Kembung Elok!

22
SHARES
donut simple

Donut merupakan antara jenis kuih yang diminati oleh sesiapa sahaja tidak mengira usia. Sedap dan mengenyangkan, walaupun nampak macam mudah untuk dibuat namun jika tersalah langkah, donut simple anda boleh jadi keras.

Berikut merupakan perkongsian resepi donut simple tetapi gebu dan lembut anda boleh cuba. Bukan sahaja boleh dijadikan menu minum petang malah donut ini juga sesuai dijadikan bekal buat anak-anak ke sekolah. Memang kekal gebu!

Baca juga: Resepi Kek Span Pandan, Pastikan Buat 1 Teknik Ini Baru Jadi Gebu Gebas!

CARA BUAT DONUT SIMPLE ANTI GAGAL

donut simple

Bahan-bahan:

-1/2 kg tepung gandum apa je brand tak kesah
-1/2 paket yis yang 11gm tu
-1 sudu makan Ovallette ( kalau Ovallette tak ada, gandakan kuning telur tu ya)
-1 biji kuning telur
-1 sudu makan gula
-1 sudu mkn planta, kalau takda juga guna je minyak
-Secubit garam
-Air 1 cawan

Cara-caranya:

1.Mula-mula, larutkan 1 cawan air suam, yis, gula dan biarkan seketika.

2.Lepas itu, tepung gandum, planta, telur, garam dan Ovallette gaul je sebati semua.

3.Lepas tu tuang la larutan yis tadi. Uli sampai doh tak lekat dekat tangan. Kalau doh keras lagi boleh la tambah sikit-sikit air ya. TAK PERAP ya.

4.Terus canai je bentuk donut atau boleh guna acuan donut, kalau tak ada boleh tekap guna mulut cawan, untuk tengah-tengah tu guna penutup botol mineral or penutup botol minyak yang 1kg tu. Guna ja apa yang boleh dalam rumah tu. Janji bentuk donut.

5.Jangan lupa tabur tepung dekat talam ya bagi doh tu tak lekat nanti bila dia dah kembang dengan jayanya.

6.Lepas siap canai semua sis biarkn dulu kembang kejap dalam 10-15 minit gitu. Lepas tu boleh la goreng. Untuk adunan sis ni boleh dapat dalam 30 biji donut comel-comel. Tapi sis kali ni buat dua versi. Separuh letak inti kacang merah dan separuh lagi buat donut biasa.

donut simple

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Lo Han Guo Dessert, Air Penyejuk Badan Yang Boleh Diminum Sampai Sebalang!

Sumber: Resepi Mudah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×