Dapur

Cara Buat Cornflakes Madu Guna Air Fryer, 15 Minit Siap & Boleh Jadi Kudapan Semasa Raya!

9
SHARES
cornflakes madu tanpa oven

Setiap kali sambut Hari Raya Aidilfitri, memang tak sah kalau tak ada kuih raya atau kudap-kudapan seperti cornflakes madu bukan? Rasanya yang manis dan digemari kanak-kanak membuatkan anda tidak dapat berhenti mengunyah bila sudah mencubanya buat kali pertama. Tetapi, ada tak cara buat cornflakes madu tanpa oven kerana bukan semua orang ada ketuhar di rumah…

Jangan risau, ada perkongsian video di laman Tiktok ini menunjukkan cara untuk anda buat cornflakes madu dengan menggunakan air fryer. Paling seronok sekali adalah seluruh proses pembuatan cornflakes madu ini hanya mengambil dalam 15 minit dah boleh siap!

Baca juga: Resepi Rendang Daging Paling Simple Guna 6 Bahan, Dijamin Sedap ‘Terpelanting’!

CARA BUAT CORNFLAKES MADU TANPA OVEN, GUNA AIR FRYER!

cornflakes madu tanpa oven

Bahan-bahan:

-Butter (Mentega)
-Madu
-Gula
-Cornflakes
-Kekacang (kalau mahu)

Cara-caranya:

1.Guna api perlahan, cairkan dalam 250 gram mentega.

2.Kemudian masukkan 5 sudu besar madu dan 3 sudu gula. Kalau boleh, guna gula perang lagi sedap.

3.Kacau-kacau dan biarkan mendidih sekejap dan tutup api. Biarkan jadi suam.

4.Seterusnya, masukkan cornflakes dan gaulkan rata. Cuma kalau boleh jangan hancurkan ya.

5.Kalau rasa nak masukkan kekacang, boleh masukkan juga waktu ini.

6.Kemudian, masukkan ke dalam bekas air fryer, tetapkan suhu 165-170 darjah. Masa dalam 3-4 minit sahaja. Jangan lupa untuk lapikkan dulu dengan baking paper ya.

7.Tunggu sekejap dan siap boleh dikunyah!

cornflakes madu tanpa oven

*Sedap dibuat kudap-kudapan Raya ni!

@noorraidah Alhamdulillah. Siap juga cornflakes madu. Dah berapa hari dok teringin je. This time guna air fryer since oven takde. So takde oven takde maksalah! Air fryer ons. Next kuih apa kita nak buat? Korg komen 💕#newbieaffiliate #airfryertiktok #kuihraya2023 #takdeoventakdemasalah ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

Baca juga: Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

Sumber: Tiktok @noorraidah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×