Dapur

Cara Masak Beras Basmathi Supaya Lembut & Peroi, Ada 4 Pantang Larang Jangan Buat!

112
SHARES
cara masak beras basmathi

Beras basmathi merupakan salah satu jenis pilihan beras yang digemari ramai. Namun, tekstur nasinya agak berbeza dari jenis beras yang lain, begitu juga dengan cara memasaknya. Oleh kerana harganya yang agak mahal, lebih baik anda tahu cara masak beras basmathi ini dengan betul supaya tak rugi.

Berikut merupakan perkongsian langkah untuk masak jenis beras basmathi supaya jadi panjang, lembut dan peroi dengan elok. Barulah puas makan dan tidak lembik seperti bubur!

Baca juga: Resepi 5 Jenis Nasi Yang WAJIB Kena Tahu & Masak Di Rumah, Mesti Licin Pinggan!

CARA MASAK BERAS BASMATHI SUPAYA LEMBUT DAN PEROI

cara masak beras basmathi

1. SEDIAKAN BERAS

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras ni selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu. Ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.
Ini adalah kerana beras ini dah direbus terlebih dahulu dan dia jemurkan.

Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt bolehlah masukkan sedikit kedalam air rendaman. Rendamkan beras adalah langkah paling utama.

2. NISBAH SUKATAN (AIR : BERAS)

Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi.
Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak-agak macam kita perasakan garam kepada masakan ya.

Jika terlebih air, nasi akan jadi lembik melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti. Saya menggunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan.

Selalunya saya gunakan sukatan ni untuk jenis beras pusa, kashmir dan juga mogul. InsyaAllah tak pernah lagi mengecewakan lagi setakat ni. Jika nak lebihkan cecair pastikan jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras ya. Make sure take note.

3. TEKNIK DAN KAEDAH MEMASAK

Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak:

• Kaedah menumis beras dahulu: kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan2 tumis didalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibuarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.

• Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ni pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan ceccair sblm masukkan beras kedalam.

• Kaedah didih air tampa sukatan: kaedah ni selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.

4. PANTANG LARANG KETIKA MEMASAK

Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:

• Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras anda patah. Sebab pada ketika ni beras berada dalam stage fragile.

• Jika tak nak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap untuk proses memasak.

• Sentiasa biarkan nasi rehat di dalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, rehatkan sebelum dikacau.

• Kacau nasi ketika panas, untuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.

• Kacau nasi dr sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh-gapah, nanti beras akan patah.

5. TIPS MEMASAK BERAS BASMATHI, TIPS TAMBAHAN:

• Menggunakan pewarna: Jika anda nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sebelum dikacau.

• Minyak: Harus diigatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan untuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair ya.

• Elak nasi patah: Elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni ya, terutama sekali ketika nasi dah kering.

• Bekas penyukat: Gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air ya.

• Tanpa rice cooker: Jika masak mengunakan api, atau tak nak nasi atas api, besarkan api ketika masih banyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.

cara masak beras basmathi

*Semoga perkongsian yang saya kongsikan ni membawa manfaat kepada semua.

Baca juga: Cara Masak Bihun Goreng Putih Tak Putus ‘Sebijik’ Macam Tok Buat, Kena Letak Air Rebusan Ini..

Sumber: Se Zemi via Chef Wans

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×