Dapur

Cara Masak Bihun Goreng Putih Tak Putus ‘Sebijik’ Macam Tok Buat, Kena Letak Air Rebusan Ini..

15
SHARES
bihun goreng putih

Setiap kali pulang ke kampung halaman, selain ‘order’ menu lauk-pauk kampung dari ibu atau nenek, menu bihun goreng putih juga sering menjadi pilihan. Walaupun bihun goreng putih ini nampak mudah dan ringkas namun teknik masakan dan bahan yang digunakan amat penting untuk menjamin kesedapan bihun goreng putih tersebut.

Berikut merupakan perkongsian resepi bihun goreng putih dari Puan Nur Aida Md Zainuddin yang pastinya akan mengundang rasa terliur buat anda yang merupakan peminat menu ini. Selalu tak puas hati dengan rasa yang dibeli di pasar malam, jom kita masak sendiri di rumah!

Baca juga: Cara Masak Bihun Sup Ada Sentuhan Chinese Style, ‘Sumpah’ Sedap & Lebih Puas Hirup!

RESEPI BIHUN GORENG PUTIH MACAM TOK BUAT DI KAMPUNG

bihun goreng putih

Bahan-bahan:

-Bihun guna bihun Jasmin
-Ayam
-Kiub pati ayam
-Bebola ikan
-Telur
-Sos tiram
-Lada putih
-Lobak merah

Cara-caranya:

1.Rendam bihun dengan air biasa sekejap (tak payah air panas)

2.Ayam kena rebus dulu untuk dapatkan jus-jus yang akan menyedapkan bihun. Rebus ayam dengan bawang putih dan garam sikit dan masukkan kiub pati ayam.

3.Dah masak ketepikan dan carik-carikkan isi ayam. Sebab nak cepat tumbuk je dengan lesung dan ayam tercarik dengan mudah.

4. Goreng dulu bebola ikan dan telur buat scramble, ketepikan.

5. Minyak yang sama masukkan bawang putih sikit dan kalau ada tomato goreng bersama tomato. Letak tomato lagi sedap!

6. Lepas itu masukkan sup dan ayam tadi. Kemudian masukkan sos tiram jika suka, letak serbuk lada putih, nak letak gula pun boleh dan masukkan bihun. Api jangan kecil jangan besar sangat. Jangan kacau-kacau sangat nanti bihun patah.

7. Lepas itu, dah kering sikit air masukkan semua tadi bebola ikan dan sayur. Lobak merah tu sagat cantik-cantik.

8. Kacau-kacau dah siap. Tak payah letak garam lagi sup tu dah okay. Tapi kalau tawar boleh je letak garam lagi. Guna kuali legend ni lebih senang.

bihun goreng putih

*Sedapnya bihun goreng putih ini. Bila ikut betul-betul cara ibu atau nenek buat memang terimbau kenangan di kampung!

Baca juga: Resepi ‘Kuih Cili’ Yang Unik Turun Temurun Arwah Bapa, Rupanya Pernah Popular Zaman Dulu!

Sumber: Puan Nur Aida Md Zainuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×