Dapur

Cara Masak Bihun Sup Ada Sentuhan Chinese Style, ‘Sumpah’ Sedap & Lebih Puas Hirup!

92
SHARES
bihun sup chinese style

“Bosan dah asyik makan nasi je, sedap pula tengok orang makan bihun sup Chinese style sejak Tahun Baharu Cina ni. Nak buat lah!”

Sejak sambutan Tahun Baharu Cina beberapa hari lepas, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tertumpu dengan menu-menu makanan Cina. Salah satu yang menjadi kegemaran adalah bihun sup dengan sentuhan Chinese style yang sebenarnya sangat senang untuk disediakan. Kalau sukar nak cari restoran halal yang menyediakan menu ini, apa kata anda masak sahaja sendiri di rumah, lebih puas hati!

Baca juga: Resepi ‘Fish Noodle Soup’ Menu Makanan Cina Yang Jadi Idaman Ramai, Sekali Hirup Nak Lagi!

RESEPI BIHUN SUP CHINESE STYLE

bihun sup chinese style

Bahan-bahan :

-Bihun
-Bebola ikan
-Sawi jepun
-Bawang putih – cincang/racik
-Udang
-Minyak masak – untuk goreng bawang putih…

1.Goreng bawang putih. Goreng hingga kekuningan.

2.Angkat dan ambil semua sekali termasuk minyak tadi.

3.Masukkan air dalam periuk (ikut banyak mana untuk kuah). Masukkan sedikit bawang putih yang digoreng beserta minyak ke dalam periuk. Masukkan kiub ayam. Letak periuk atas api dan didihkan.

4.Masukkan garam dan rasa. Time ni kalau dah didih boleh masukkan bebola ikan, udang. Kemudian, masukkan sawi.

bihun sup chinese style

Bahan-bahan :

-Cili api
-Kicap cair
-Cuka
-Garam
-Gula

5.Celur bihun dan tos. Siap! Ketepikan..

6.Bahan perasa/cabai untuk bihun, untuk tabur bila nak makan :

Cili kicap dan cuka
-Chili flakes
-Bawang goreng dan minyak

bihun sup chinese style

*Sedapnya menghirup kuah sup panas-panas!

Baca juga: Makan Limau Mandarin Sebiji Pun Batuk, Kena Buat 5 Tips Ini Supaya Boleh Makan Sekotak!

Sumber: Sri Sal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×