Dapur

Resepi Chinese ABC Soup Paling Simple Dan Semudah ABC Seperti Namanya, Sedap Hirup!

305
SHARES
chinese abc soup

Menu bersup merupakan antara jenis makanan yang tak akan ditolak oleh sesiapa pun. Khususnya anak-anak, betapa mudahnya untuk mengenyangkan perut mereka hanya dengan masak menu seperti sup ayam dan sup sayur sahaja. Namun, kalau setiap hari menu yang sama pun bosan juga kan? Apa kata anda cuba pula resepi Chinese ABC Soup.

Semudah ABC seperti namanya, soup ini bukan sahaja bagus untuk anak-anak malah orang dewasa juga. Tambah pula dengan cuaca sejuk dan selalu hujan sebegini, makan sup ABC bersama nasi, memang terbaik!

Baca juga: Tips Simpan Aiskrim Supaya Maintain Beku & Tak Cepat Cair, Senang Bila Ada Makan-Makan..

RESEPI CHINESE ABC SOUP, SIMPLE DAN SEDAP!

chinese abc soup

Bahan yang perlu ada:

-Bawang holland
-Tomato
-Jagung
-Lobak merah
-Lobak putih
-Daun bawang
-Halia
-Ayam

Cara-caranya:

1.Potong dahulu bahan-bahan sebelum dimasak.

2.Mula-mula rebuskan ayam bersama halia sehingga mendidih.

3.Kemudian buangkan halia dan masukkan kesemua bahan.

4.Renehkan sup sehingga masak. Boleh perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Akhir sekali titiskan beberapa minyak bijan dan taburkan hirisan daun bawang.

5.Siap!

chinese abc soup

*Sup ini bukan sahaja sedap di tekak malah bagus untuk dimakan sekiranya anda mengalami demam, batuk dan selesema. Yang pastinya, anak-anak akan suka!

Baca juga: Cara Buat Sambal Tumis Sardin Paling Memikat, Lauk ‘Padu’ Ganding Dengan Nasi Lemak!

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×