Dapur

Tips Simpan Aiskrim Supaya Maintain Beku & Tak Cepat Cair, Senang Bila Ada Makan-Makan..

1.7K
SHARES
cara buat aiskrim

Setiap kali ada sesi makan-makan atau jamuan di luar, sudah pasti ada aiskrim sebagai menu pencuci mulut bukan? Namun, setiap kali letak aiskrim di luar mesti cepat cair dan menyebabkan kita dapat makan aiskrim ala-ala berkuah sahaja. Menyedihkan betul! Terfikir juga, apa cara buat aiskrim ini kekal beku dan tahan lama bila berada di luar?

Menariknya, muncul di laman Tiktok dari pemilik akaun @abamaiskriem yang mendapat tontonan lebih dari 1.5 juta, berkongsikan cara untuk memastikan aiskrim yang diletak di luar peti sejuk kekal beku. Tak sangka, hanya menggunakan bahan dapur sahaja dan anda dah tak perlu risau kalau nak jadikan aiskrim sebagai menu pencuci mulut apabila ada jamuan!

Baca juga: Cara Buat Sambal Tumis Sardin Paling Memikat, Lauk ‘Padu’ Ganding Dengan Nasi Lemak!

CARA BUAT AISKRIM KEKAL BEKU, TAHAN LAMA BILA ADA DI LUAR

cara buat aiskrim

Cara-caranya:

1. Paling penting adalah anda kena sediakan termos atau ice box yang lebih besar daripada bekas aiskrim.

2. Masukkan bekas aiskrim dalam termos dan tuang ketulan ais di keliling bekas aiskrim.

3. Kemudian tabur garam kasar di atas ais keliling bekas aiskrim.

4. Seterusnya tabur lagi ketulan ais, dibuat secara berlapis.

5. Tabur sekali lagi garam di atas ais dan tambah lagi ketulan ais hingga memenuhi termos.

Ini aiskrim yang digunakan untuk kenduri kahwin, letak 2 layer garam sudah memadai. Kalau lebih nanti terlebih keras.

cara buat aiskrim

*Mudah sahaja kan? Selamat mencuba dan selamat makan-makan!

Video penuh:

@abamaiskriem abam dah penah upload konten ni seblum ni, tapi masih ramai tanya soalan yang sama, ni abam naik kan balik ea cara2 nak masuk kan ais dan garam dlm tong aiskrim, korang save la vidoe ni kalau nk buat aiskrim nanti #abamaiskriem #aiskrimmalaysia ♬ Mabuk Lagi (Remix) – syhhafiq

Baca juga: 3 Resepi Waffle Gebu & Rangup Macam Di Kiosk Food Court, Nak Ala-Ala T20 Pun Ada!

Sumber: Tiktok @abamaiskriem

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×