Dapur

3 Resepi Waffle Gebu & Rangup Macam Di Kiosk Food Court, Nak Ala-Ala T20 Pun Ada!

105
SHARES
resepi waffle gebu

Setiap kali berkunjung ke pasar raya untuk membeli barang dapur, tidak ketinggalan untuk kita singgah ke kiosk-kiosk jualan yang ada di dalam bangunan tersebut terutamanya yang menjual waffle. Gebu, rangup dan sedap di tekak, waffle yang dijual di kiosk ini menjadi kegemaran sesiapa sahaja! Lantas, tertanya-tanya juga apakah resepi waffle gebu yang digunakan supaya kita boleh mencubanya di rumah?

Berikut merupakan perkongsian 3 resepi waffle yang yang gebu dan enak anda wajib buat di rumah. Bahkan, resepi waffle ini juga ada yang setanding dengan waffle T20 yang dijual di kedai tau!

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur, Tak Payah Pengukus Pun Tetap Jadi Berkilat Elok!

3 RESEPI WAFFLE GEBU DAN RANGUP WAJIB BUAT

1.Resepi waffle coklat

resepi waffle gebu

* Waffle yang coklat ni tak rangup sangat. Lebih kepada waffle lembut.

Bahan-bahan:

• Tepung gandum ( 2 ¾ cawan)
• Serbuk koko ( ¼ cawan- lebihkan jika ingin lebih rasa coklat)
• Air (2 ½ cawan)
• Minyak masak (1 cawan)
• Telur (2 biji)
• Gula (3 sudu besar, boleh lebihkan jika inginkan waffle lebih manis)
• Garam (1 sudu kecil)
• Serbuk penaik (2 sudu kecil) – boleh dilebihkan
• Baking soda (soda penaik) (1 sudu kecil)

Cara-caranya:

-Tuang je belaka dalam besen, pastu pukul dengan whisk atau hand mixer sampai sebati.
-Whipping cream yang saya guna adalah NON DAIRY WHIPPING CREAM – boleh beli di kedai baking supply. Tak perlu tambah gula sebab cream ni dah manis. Kalau simpan semalaman dalam peti, rasa waffle lagi sedap.

-Tips nak bagi waffle garing, kalau mesin tu ada setting dark/high, setting kepada high/ dark. Lepas tu, pastikan waffle iron tu betul-betul panas, biar berasaplah. Bila dah berasap, baru tuang. Dapatlah yang garing. Bila iron tu dah betul-betul panas, batter akan cepat mengembang, jadi akan dapat bentuk waffle yang penuh dan garing.

2.Resepi Waffle ala Dip&Dip

resepi waffle gebu

Bahan-bahan:

-Tepung gandum (3 cawan) – pemilik resepi guna tepung cap Ros
– Campurkan tepung jagung (sesudu besar)- optional. Saya tak letak pun
• Air (2 1/2 cawan) – air sejuk peti ais ( saya kadang-kadang pakai air paip biasa je)
• Minyak masak (1 cawan)
→ Pemilik resepi guna minyak jagung.
• Telur (2 biji) – pemilik resepi guna gred A
• Esen vanila
• Susu tepung (2 sudu besar) ( saya tak letak pun)
• Gula (3 sudu besar)
• Garam (1 sudu kecil)
• Serbuk penaik (2 sudu kecil) – boleh dilebihkan
• Baking soda (soda penaik) (1 sudu kecil)

Cara-caranya:

-Tuang je belaka dalam besen, pastu pukul dengan whisk atau hand mixer sampai sebati. Adunan akan nampak cair. Jangan risau. Dalam video nampak pekat sebab saya dah simpan dalam peti semalaman.
-Jangan sapu minyak dekat waffle maker. Terus masukkan adunan. Kalau minyakkan, akan jadi bertompok-tompok corak waffle. Adunan saya buat ni dah banyak minyak. Selama saya buat, tak sapu minyak pun pada bekas waffle, dan tak melekat. Tapi , kalau waffle anda memang jenis melekat sangat-sangat, sapu lah juga sikit.

3.Waffle krim ala Korea

resepi waffle gebu

Bahan-bahan:

-Tepung gandum (3 cawan) – pemilik resepi guna tepung cap Ros
– Campurkan tepung jagung (sesudu besar)- optional. Saya tak letak pun
• Air (2 1/2 cawan) – air sejuk peti ais ( saya kadang-kadang pakai air paip biasa je)
• Minyak masak (1 cawan) Pemilik resepi guna minyak jagung.
• Telur (2 biji) – pemilik resepi guna gred A
• Esen vanila
• Susu tepung (2 sudu besar) ( saya tak letak pun)
• Gula (3 sudu besar)
• Garam (1 sudu kecil)
• Serbuk penaik (2 sudu kecil) – boleh dilebihkan
• Baking soda (soda penaik) (1 sudu kecil)

Cara-caranya:

Tuang je belaka dalam besen, pastu pukul dengan whisk atau hand mixer sampai sebati. Adunan akan nampak cair. Jangan risau. Dalam video nampak pekat sebab saya dah simpan dalam peti semalaman.

-Jangan sapu minyak dekat waffle maker. Terus masukkan adunan. Kalau minyakkan, akan jadi bertompok-tompok corak waffle. Adunan saya buat ni dah banyak minyak. Selama saya buat, tak sapu minyak pun pada bekas waffle, dan tak melekat. Tapi , kalau waffle anda memang jenis melekat sangat-sangat, sapu lah juga sikit.

*Sedap bukan? Waffle ini sangat enak dimakan tidak kira masa, nak makan pagi pun boleh, tengahari pun boleh, malam pun boleh!

Baca juga: Roti Nak Expired Jangan Buang, Boleh Buat Puding Roti Marble Yang Sangat Sedap & Padu!

Sumber:  Auni Page

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×