Dapur

Cara Buat Kuih Lopes Sagu Jadi Jernih Elok, Tak Lembik Macam Bubur Bila Guna Petua Opah Ini

1.1K
SHARES
cara buat kuih lopes

Kuih tradisional Melayu menjadi pilihan sesiapa sahaja untuk dijadikan menu minum petang, bahkan dijadikan pencuci mulut ketika ada kenduri kendara. Salah satu kuih tradisional yang sering menjadi pilihan adalah kuih lopes sagu berwarna merah jambu terang atau boleh juga ditukar dengan warna pilihan lain. Tapi, bagaimana cara buat kuih lopes sagu yang jernih elok macam dijual?

Kalau tengok kuih lopes sagu yang dijual di pasar atau ditempah, memang elok jernih kejadian sagu dan tidak terlalu lembik. Namun, setiap kali dibuat sendiri di rumah pasti akan menjadi seperti bubur nasi. Berikut merupakan perkongsian resepi kuih lopes sagu hasil dari teknik yang dikongsikan turun temurun oleh opah.

Baca juga: 6 Idea Menu Pastri Untuk Minum Petang Guna Air Fryer, Mudah & Setanding Kedai Mahal!

CARA BUAT KUIH LOPES SAGU, JADI ELOK!

cara buat kuih lopes

Bahan-bahan:

-1 cawan sagu
-1 cawan gula pasir
-3 cawan air
-1 1/4 sudu teh sirap berperisa ros (opah guna Golden Lion)
-4 atau 5 helai pandan disimpul
-Kelapa parut + garam

Cara-caranya:

1.Satukan air, gula, pandan dan sirap ros

2.Masak sehingga mendidih

3.Masukkan sagu, kacau rata

4.Apabila sudah agak pekat, keluarkan pandan kemudian tuang sagu ke dalam loyang. Opah guna loyang 10×10 sebab opah gandakan sukatan/sapu sedikit minyak ya.

5.Kukus selama 20 minit atau sehingga sagu jernih

6.Angkat sejukkan

7.Gaul dengan kelapa parut + garam

8.Siap dihidangkan

cara buat kuih lopes

*Nampak jernih elok sagunya kan? Boleh buat untuk dijadikan menu minum petang atau sarapan, mana tahu ada teringin kuih tradisional..

Baca juga: Tak Susah Buat Pes Tomyam Homemade, Rasa Tetap Padu Dan ‘Kaw’ Bila Guna Resepi Ini

Sumber: Mas Cotek

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×