Dapur

Resepi Kuih Qasidah Paling Sedap, Bila Masak Wangi Satu Rumah!

41
SHARES
resepi kuih qasidah

Salah satu jenis kuih tradisional yang generasi sekarang masih kurang terokai adalah kuih qasidah. Dengar sahaja namanya pun sudah cukup sedap apatah lagi rasanya bukan? Kuih qasidah merupakan antara kuih tradisi yang sering dihidangkan terutama sekali negeri di Utara Malaysia. Namun, anda pun boleh cuba buat sendiri di rumah bila dah tahu resepi kuih qasidah yang betul!

Mempunyai rasa lemak manis dan disertai dengan bau bawang goreng yang harum, pasti bagi anda yang buat pertama kali merasai kuih ini akan ‘melekat’ dan terigau-igau dengan rasanya yang enak.

Baca juga: Resepi Koktail Buah 7 Keturunan, Tambah 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Lebih ‘Kick’!

RESEPI KUIH QASIDAH

resepi kuih qasidah

Resepi kuih qasidah yang mudah..Insyaallah jadi.

Bahan-bahan:

-Secawan tepung gandum
-Setengah cawan gula
-2 cawan setengah air
-Satu sudu teh garam
-Satu sudu teh air kapur

Cara-caranya:

1.Semua bahan itu dicampur dan dikacau sampai sebati.

2.Kemudian masukkan dalam periuk masak dengan api perlahan dan kacau sedia sampai 15 minit.

3.Kalau suka warna kuning boleh letak sedikit pewarna kuning..tapi saya tak letak pun.

4.Sambil-sambil itu sapu loyang dengan sedikit minyak masak. Dah kacau 15 minit, dah masak jadi berkilat boleh tuang ke dalam bekas yang disapu minyak tadi.

5.Potong bawang nipis-nipis dan gaul dengan secubit garam. Secubit garam sahaja jangan lebih nanti bawang masin.

6.Kemudian goreng bawang dengan sedikit minyak sampai garing kekuningan kemudian tutup api.

7.Ambil bawang goreng tadi tabur di atas kuih qasidah tadi dengan sedikit minyak goreng bawang tadi. Dah siap! Tunggu sejuk baru potong ya!

resepi kuih qasidah

*Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Agar-Agar Gula Merah, Pastikan Guna Sukatan INI Kalau Nak Jadi Elok!

Sumber: Cahaya Indah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×