Dapur

Tips Buat Stok Air Pandan Yang Pekat & Aroma Wangi Tahan Lama, Ada 1 Bahan JANGAN BUANG!

16
SHARES
air rebusan daun pandan

Daun pandan merupakan antara bahan semulajadi yang digunakan dalam masakan sebagai penambah aroma dan pewarna asli. Buat anda yang sering menyediakan juadah seperti kuih-muih, penggunaan daun pandan serta air rebusannya menjadi kewajiban namun ada orang tersalah cara buat air rebusan daun pandan yang cair!

Untuk menyediakan air rebusan daun pandan yang pekat, warna hijau elok serta aroma tahan lama, ada tips yang dikongsikan seperti di bawah.

Baca juga: Suka Makan Mamak? AWAS, Ini 5 Cara Nak Tahu Restoran Itu Muslim Atau Tidak, Hati-Hati!

CARA BUAT AIR REBUSAN DAUN PANDAN, AROMA TAHAN LAMA!

air rebusan daun pandan

Bahan-bahan:

-Secekak besar daun pandan (ibarat serimbun banyaknya)
-1 jug kecil 500ml air

Cara-cara:

1. Mula-mula, gunting dulu daun pandan lebih kurang saiznya 3 inci supaya mudah dikisar.

2. Setelah habis digunting, basuh dalam air yang bertakung sebab kadangkala tak sedar ada sarang labah-labah, kotor dan sebagainya.

3. Selepas itu, kisar mengikut kemampuan mesin pengisar (saya punya jenis yang manja, tak boleh nak masuk sekali banyak sebab nanti tak bergerak pula mesinnya)

4. Seterusnya, tampis hampas dan ketepikan dulu. Ingat, jangan buang!

5. Setelah habis pusingan pertama untuk daun pandan yang dikisar hancur, ambil semula hampas tadi dan kisar semula dengan menggunakan air pandan yang telah ditapis. Nak buat dua hingga tiga kali pun boleh, lebih cantik warna pandan nanti.

6. Akhir sekali, tapis dan masukkan dalam botol untuk dijadikan stok. Siap untuk digunakan!

Hasil daripada tips ini, anda akan terkejut dengan air pandan yang bukan saja warnanya cantik, malah cukup beraroma. Selain itu, boleh jimat masa dan tenaga.

air rebusan daun pandan

*Malah, untuk anda yang berniaga juga boleh buat stok air pandan ini selama seminggu dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan terutama kuih-muih. Selamat mencuba!

Baca juga: Step-By-Step Masak NASI TOMATO UTARA Yang Lengkap, Dekat Rumah Pun Bau Macam Kenduri!

Sumber: Lemon8 @UmiGarang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×