Dapur

Akhirnya Jumpa ‘Rahsia’ Arwah Mak Masak Nasi Lemak Susah Basi & Sambal ‘Kick’, Sedapnya!

60
SHARES
cara masak nasi lemak

Sinonim dan menjadi lambang makanan utama di Malaysia adalah nasi lemak. Pergilah ke mana sahaja dalam negara, nasi lemak sudah semestinya akan menjadi pilihan tidak kira sarapan, makan tengahari atau malam tanpa jemu. Oleh kerana menu ini sangat popular, ternyata bukan mudah mempelajari cara masak nasi lemak yang betul sedap!

Mungkin rasa tekak kita berbeza namun hakikatnya tekstur nasi lemak yang lembut, wangi serta sambal yang pedas-pedas manis tetap menjadi pujaan hati. Jadi, di bawah merupakan perkongsian di laman Facebook tentang cara masak nasi lemak ikut resepi arwah mak.

Baca juga: Resepi Sambal Sotong Kembang, Lembut & Tak Liat Macam Getah

CARA MASAK NASI LEMAK IKUT RESEPI ARWAH MAK

cara masak nasi lemak

Rahsia nasi lemak sedap dan tahan lama, sambal kick sampai jilat pinggan. Ini resepi arwah mak #NasiLemakIbunda

Bahan-bahan utama:

Beras basmathi, dicuci & rendam dengan air garam 30 minit ( kalau nak guna beras biasa pun sama sahaja sukatan air + santan)

Cara masak nasi lemak:

-Beras 4 pot kecil
-Santan kotak 1 kotak / santan asli
-Bawang besar hiris
-Halba tabur sikit ( sampai keesokan hari tahan nasi lemak tak basi) Maaf saya tak suka letak halia.
-Garam secubit

cara masak nasi lemak

Sambal (Sambal wajib berkilat pedas-pedas manis)

-Bawang Besar 1 biji
-Bawang putih 4 ulas
-Bawang kecil 3 ulas
-Udang kering secubit (kisar semua )
-Cili Kering / cili giling instant puteri
-Daun pandan untuk bau wangi masukkan je masa tengah tumis sambal
-Gula melaka dihiris
-Asam keping / air asam jawa

1.Tumiskan bahan yang sudah dikisar sampai naik bau.

2. Lepas itu masukkan cili giling tumis sampai pecah minyak api kecil.

3.Masukkan air asam / asam keping 1 & garam secubit, gula melaka dan boleh tambah air sikit sampai berkilat.

*Ini penting kerana kalau beli nasi lemak mesti rasa sambalnya dulu. Kadang-kadang ada sambalnya tak masak, sakit perut tau! Jadi, kalau nak berniaga nasi lemak, sambal kena pandai masak ya. Jangan kurang masak dan selamat mencuba.

Baca juga: Cara Buat Sambal Sardin Berapi Versi Hancur, Berpinggan-Pinggan Tambah Nasi!

Sumber: Emy Ean

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×