Dapur

Resepi Ayam Goreng Berempah ‘Bersarang’ Wajib Cuba, Memang Tak Cukup Seketul

2.7K
SHARES
ayam goreng berempah

Sebut sahaja ayam goreng berempah, pasti ramai dalam kalangan kita yang akan ‘tergila-gilakan’ menu ini tidak kira waktu. Letak sahaja ayam goreng berempah ini setiap kali menjamu selera, pasti anda tidak akan cukup sekadar seketul ayam sahaja. Jadi, kalau nak puaskan rasa makan ayam goreng berempah ini setiap hari, pastilah kena buat sendiri!

Jangan risau-risau kerana menu ayam goreng berempah ini mudah sahaja untuk dimasak. Berikut merupakan perkongsian resepi ayam goreng berempah dari Nazri Mat Zain yang mendapat sambutan ramai. Jom cuba!

Baca juga: Tips Masak Telur Dadar Gebu Gebas, Pastikan Guna Teknik Betul & Tambah Bahan INI

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

ayam goreng berempah

Bahan-bahan:

-Ayam seekor potong 20 pcs – basuh bersih ketepikan
-Serai 5 batang – Potong 1/2″ , 1/2″ macam itu
-Halia 2 ”
-Lengkuas 1″
-Bawang besar 2 biji
-Bawang putih 4 ulas
-Biji ketumbar 1 sudu besar
-Jintan manis 1 sudu besar
-Jintan Putih 1 sudu besar

Cara-caranya:

1.Blend semua bahan tapi jangan terlalu halus.

2.Lepas itu tapis dan buang air.

3.Tuang semua bahan yang ditapis itu ke dalam bekas yang berisi ayam tadi.

4.Masukkan rempah kari 1 pek kecil.

5.Masukkan serbuk cili 1 pek kecil.

6.Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya.

7.Masukkan tepung jagung 2 sudu besar.

8.Telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.

9.Perap dalam 1/2 jam dan gaul lagi kemudian goreng hingga tenggelam ayam tersebut .

10.Bila dah hampir garing masukkan daun kari . Agak-agak dah masak angkat bersama-sama daun kari tersebut. Ulang macam itu smpai selesai menggoreng!

ayam goreng berempah

*Siap! Sedapnya!

Baca juga: Cara Paling Mudah Masak Pulut Guna Periuk Nasi Elektrik, Elok Kejadiannya!

Sumber: Nazri Mat Zain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×