Dapur

Resepi Kuih Peneram Macam Di Pasar Malam, Kena Pandai Kawal Suhu Baru Menjadi!

2.1K
SHARES
kuih peneram

Setiap kali berkunjung ke pasar malam, pasti rambang mata melihat pelbagai jenis makanan ringan dan berat yang dijual. Kalau ikutkan hati, hampir kesemua makanan hendak dibeli namun makanan yang paling wajib dibawa pulang sudah semestinya kuih peneram!

Kuih yang menjadi kegemaran ramai khususnya masyarakat bangsa Melayu dan India ini sebenarnya sangat mudah dibuat di rumah. Malah, bila dibuat secara sendiri ini anda akan lebih berpuas hati kerana doh dan testur kuih peneram ini akan lebih rangup di luar dan lembut di dalam. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Kuih Ketayap Buah Naga, Warna ‘Pink’ Terang Jadi Umpan Anak Selera Makan!

RESEPI KUIH PENERAM, KENA PANTAU SUHU

kuih peneram

Bahan-bahan:

-250g tepung beras Cap Gajah 3
-190g gula merah
-80ml air
-80ml santan pekat

Cara-cara:

1.Masak gula, santan dan air sehingga mendidih dan berbuih. Tutup api.

2.Tuang air gula ke dalam tepung beras semasa masih panas dan kacau dengan senduk kayu. Tuang sikit-sikit ye. Mula-mula adunan memang ada nampak cair sikit. Teruskan kacau dalam 7 ke 10 minit hingga adunan jadi bertali. Bila kita angkat sudu, adunan lambat nak turun.

3.Perap adunan minimum 5/6 jam atau perap semalaman. Lepas perap, memang doh jadi keras sikit. Uli sekejap jadi lembut sampai boleh dicanai atau dibentuk.

4.Cara bentukkan: Boleh canai dan tekap atau bulat-bulatkan sebesar guli, penyek di tapak tangan dan buat bulatan di tengah dengan lidi.

5.Goreng dalam minyak yang betul-betul panas. Tapi api jangan kuat sangat, nanti rentung. Cuma minyak tu kena betul-betul panas. Bila kita letak doh dalam minyak, doh tu timbul terus dalam 5 saat gitu. Kalau tenggelam je, lambat naik, maksudnya minyak belum betul-betul panas.

6.Kalau bentukkan doh dengan cara penyekkan di tangan, kena goreng terus ye. Penyek, buat bulatan di tengah, terus masukkan dalam minyak. Kena cepat sikitlah. Tapi kalau slow pun tidak mengapa. Sekali goreng dapat 2/3 biji saja.

7.Rajin balik-balikkan kuih supaya masak sekata. Agak-agak dah perang sikit, boleh angkat dan jangan biar sampai hitam legam. Nanti bila dah sejuk, keras macam batu.

8.Santan kalau tak nak letak pun tak apa. Kebanyakan resepi tak letak pun dan ada juga yang kata kuih tak tahan lama kalau letak santan. So ikutlah masing-masing ye.

kuih peneram

*Penting untuk anda tahu bahawa bab suhu minyak memang cerewet sikit. Kalau tak cukup panas, kuih tak jadi. Terlalu panas, kuih hangus. Tapi kalau kena suhunya, mesti akan dapat kuih yang rangup di luar, lembut di dalam. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Sumber: Khairunnisa Mohammad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×