Dapur

Resepi Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

6.8K
SHARES
daging masak hitam kenduri

Setiap kali bertandang ke majlis kenduri, antara menu yang menjadi kegemaran ramai selain ayam masak merah adalah daging masak hitam. Walaupun daging masak hitam kenduri ini nampak macam mudah namun, cara penyediaannya boleh dikatakan agak rumit juga kerana memerlukan teknik yang betul.

Jadi, buat anda yang sudah lama tidak pergi ke kenduri tapi teringin nak makan daging masak hitam ini, boleh buat sahaja di rumah menggunakan resepi yang dikongsikan di laman Facebook ini.

Baca juga: Peniaga 20 Tahun ‘Share’ Cara Bancuh Tepung Goreng Pisang Paling Rangup & Tahan Lama

RESIPI DAGING MASAK HITAM KENDURI, SEDAP TAK TERKATA!

daging masak hitam kenduri

BAHAN-BAHAN :

-Daging 2 kilo
-Kicap manis & kicap pekat
-Cili kering 20 tangkai (blend)
-Bawang besar 2 biji
-Bawang putih 10 ulas
-Halia 5-6 hiris
-Serai 2 batang
-Buah keras 5 biji
-Kismis 1 genggam (patutnya guna kismis hitam,kalau tak ada guna ja yang kuning)
-Jintan manis 1 sudu kecil
-Lada hitam 1 sudu kecil

CARA MEMASAK :

1. Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat dan cili kering blend (perap 2-3 jam).

2. Blend bawang besar, bawang putih, halia dan satu bekas lagi blend serai, kismis, buah keras, jintan manis, lada hitam.

3. Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang blend.

4. Bawang dah garing masukkan rempah blend pulak.

5. Pecah minyak macam ni masukkan daging… api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air.

6. Masak sampai kering (3 jam juga) rujuk gambar last. Siap!

daging masak hitam kenduri

*Sedap bukan? Bila dah pandai buat, hari-hari boleh rasa lauk macam makan di kenduri!

Baca juga: Letak Satu Bahan INI Rupanya Boleh Elak Ikan Keli Meletup Semasa Goreng, Baru Tahu!

Sumber: Zulkifli Mat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×