Dapur

Resipi Beef Steak Homemade, Lebih Jimat & Kuantiti Banyak Baru Puas Makan!

14
SHARES
resepi beef steak homemade

Dek kerana menggilai hidangan beef steak mungkin boleh buat anda cepat kering poket disebabkan kerap mengunjungi restoran mewah. Namun, kalau dah tahu sendiri resepi beef steak homemade, tak perlu berbelanja besar lagi dah. Anda lagi puas makan sebab anda sendiri yang kawal kuantiti, betul tak?

Maka, tak rugi lah sekiranya anda mengikuti resepi beef steak homemade yang dikongsikan oleh Puan SuiSan Aliezsha seperti di bawah. Tunggu apa lagi, jom belajar buat!

Baca juga: Resepi Aneka Organ Dalaman Lembu Yang Unik, Macam-Macam Ada!

RESEPI BEEF STEAK HOMEMADE

resepi beef steak homemade

Hari ini saya kongsi Beef Steak versi saya. Nak makan bersama keluarga boleh lah anda buat dekat rumah, maklum lah di luar mahal. Saya sertakan resipi untuk anda ber’western’ di rumah.

Daging

BAHAN UTAMA:

  • Daging batang pinang

BAHAN A:

  • Halia
  • Bawang putih
  • Sebiji tomato
  • Sos lada hitam
  • Sos cili
  • Madu

BAHAN B:

  • Lada hitam
  • Ketumbar

BAHAN LAIN:

Baca juga: Ini Tips Cuci Perut Lembu Hingga Bersih, Baru Berselera Nak Makan!

resepi beef steak homemade

  1. Hiris nipis atau tebal daging batang pinang, mengikut selera anda. Kalau anda baru nak cuba, beli sahaja daging dah siap pack.
  2. Kemudian, kisar bahan A bersama air. Setelah itu, kisar asing bahan B.
  3. Cairkan butter kemudian masukkn bahan kisar A dengan api sederhana.
  4. Dah mendidih, masukkan bahan B dan sedikit garam. Saya tak guna gula pasir, manisan itu saya gunakan madu sepenuhnya.
  5. Perap daging tersebut dengan bahan yang telah dimasak untuk beberapa jam atau nak lebih sedap satu hari.
  6. Bakar dengan api 180° selama 30 minit ikut ketuhar (oven) anda, kalau nak grill pun boleh.

Kentang putar

  1. Kentang rebus dipenyek-penyek dan campur sedikit lada sulah dan lada hitam.
  2. Bagi sos kentang dan sos untuk makan steak, boleh rujuk resepi kuah chicken chop saya sebab pakai resipi yang sama.

Sayur

  1. Macam biasa sayur dicelur dengan air panas. 
  2. Nak tambah kentang goreng ikut selera anda.

Selamat mencuba!

Baca juga: Ini 3 Cara Buang Bau Hamis Daging Kambing, Barulah Terbuka Selera Nak Makan!

Sumber: SuiSan Aliezsha via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×