Dapur

Cara Kenal Pure Butter, Jangan Sembarangan Beli Nanti Rasa Kek Sangat Lain!

127
SHARES

Kalau tengok di pasaran ada jual butter atau mentega yang harganya murah, anda jangan mudah tertarik dan terus beli. Bila nak buat kek atau pastri menggunakan butter yang tidak tulen hasilnya akan jadi sedikit berbeza.

Tidak peliklah kalau sesetengah orang sanggup beli mentega yang mahal kerana sudah tahu mengenai perbezaannya.

Justeru itu, mari mengenali bagaimanakah kandungan mentega tulen atau pure butter yang sepatutnya daripada perkongsian saudara Amirul Kalif Syde.

Baca juga: Resepi ‘Jeruk’ Segera Versi Lebih Sihat, Tak Sakit Tekak Dah Lepas Ni!

CARA KENAL PURE BUTTER, JANGAN SEMBARANGAN BELI NANTI RASA KEK SANGAT LAIN!

Untuk yang masih belum tahu atau yang baru berjinak jinak dalam dunia baking/pastry, janganlah korang happy dulu bila tengok benda ni murah, sebab ini mungkin bukan apa yang korang perlukan.

When the recipe call for butter, this is not the best choice…

Kita ada banyak jenis butter, such as normal butter (salted/unsalted) / clarified butter (ghee) dan lain-lain.

And korang kena tahu, yang dua butter dekat atas ni bukanlah PURE BUTTER atau pun memang bukan butter langsung, it is more to margarine esp buttercup (ianya lebih kepada marjerin terutamanya buttercup).

Yang ni adalah content dalam BUTTERCUP ‘butter’ tu. Main ingredient dia adalah palm oil which is indicating that this not really a butter rather than a margarine (bahan minyak sawit menunjukkan ianya bukan mentega dan bukannya marjerin).

KANDUNGAN BUTTER SEBENAR SEKURANGNYA 80% TENUSU

Sebuah butter hanyalah butter apabila ianya diperbuat daripada lemak tenusu, pada kadar sekurangnya 80% tenusu. Bawah daripada itu, ia adalah marjerin atau pun campuran butter-marjerin.

Ada yang kata, buttercup tu sedap je rasa dia memang macam butter. Yes, fragrance, aroma, tekstur memang macam butter. Cuma kalau baking, kita akan dapat lihat & rasa perbezaan yang ketara end of baking product kita tu.

Try using both of it, have a go (cubalah guna kedua-duanya sekali untuk tahu).

Maka sebab itulah kenapa harga buttercup/farmcow dan sekutu dengannya ni boleh didapati dengan harga yang sangat murah dalam RM 3.50 – RM 5. Manakala, butter macam tatura, anchor, emborg RM 9.00, malah ada yang cecah belasan ringgit per 250 gram.

HARGA BUTTER TULEN MAHAL KERANA KANDUNGANNYA

Jadi jangan lah hairan kenapa orang sanggup beli butter yang ‘mahal’ tu dari beli butter yang murah kerana mereka itu tahu apa yang anda mungkin tidak tahu.

Ingat, dalam pastry ni salah satu strength utama adalah butter. Tinggi kualiti butter, tinggi jugak lah kualiti pastry.

Lepasni kalau ada yang claim cakap “cake ni memang sedap, kita pakai butter mahal, buttercup tau”, korang bolehlah perlahan lahan beredar dari situ. Kalau korang kejam, ambil kek tu dan tempek pada muka beliau di atas baseless claimed tersebut.

PRODUK BUTTER LAIN MASIH BOLEH DIGUNAKAN MENGIKUT KESESUAIAN MAKANAN

Tapi korang janganlah terus benci atau boikot buttercup/farm cow dan lain-lain ni pula.

Dia boleh je guna ikut kesesuaian lah. Macam some of kuih raya like tart nenas/semprit takde masalah pun nak guna buttercup sebab kurang rasa tenusu.

Jangan lepasni makan roti sapu anchor dahlah.

RUJUKAN UNTUK BEZAKAN BUTTER TULEN

Ni ada references sikit untuk korang supaya mudah ingat atau bantu untuk bezakan. Cara nak bezakan dia dua senang je.

  • Tengok harga
  • Tengok ingredients

Jangan main tembak je beli.

CONTOH NON-PURE BUTTER:

  • Buttercup
  • FarmCows
  • TwinCows

CONTOH PURE BUTTER:

  • Anchor
  • Tatura
  • SCS
  • Emborg
  • Golden Churn
  • Western Star
  • Philadelphia
  • Kerrygold

Semua ni selalunya ada dekat baking store Malaysia & supermarket Malaysia.

Benda macam butter, whip cream, cream cheese ni kalau boleh beli lah dekat baking store je sebab harga yang jauh lebih murah. Supermarket tu last choice lah kalau dah takde sangat.

Sumber: Twitter Amirul Kalif Syde

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×