Sihat

Hati-Hati Bila Makan Buah Kurma Campur Butter, Boleh Jadi Punca Masalah Kesihatan

29
SHARES
BUAH KURMA DAN BUTTER

Baru-baru ini resepi buah kurma dan butter (mentega) viral di media sosial dan rata-rata mencuba membuatnya di rumah. Walaupun itu merupakan makanan sunnah, namun anda tetap perlu berjaga-jaga supaya tidak berlebihan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi Public Health Malaysia, campuran kedua-dua bahan itu perlu dikawal agar tiada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Baca juga: Bila Tangan Atau Kaki Terseliuh Jangan Terus Urut Tapi Buat 4 Perkara Ini Dulu…

MAKAN BUAH KURMA DAN BUTTER KENA HATI-HATI

BUAH KURMA DAN BUTTER

Kurma mengandungi pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat. Tetapi apabila ia di tambah dengan bahan seperti butter dan diambil dalam kuantititi yang banyak, ia lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.

Mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori. 1 biji kurma butter bersamaan dengan sesenduk nasi.

Lemak haiwan yang ada dalam mentega mempunyai tahap lemak tepu dan trans yang lebih tinggi. Ini boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan paras kolesterol jahat dalam diri.

Selain itu, ia juga tinggi kalori dan boleh mengakibatkan kegemukan. Jadi, anda perlu makan dalam pengambilan yang disarankan.

Selain itu, campuran bahan lain seperti madu dan krim keju perlu dikawal supaya tidak berlebihan. Walaupun sedap namun tidak disarankan untuk makan secara berlebihan.

Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah. Jika pengambilan kerap dan banyak, ia tidak baik untuk kesihatan.

Rugi jika makan buah berkhasiat tetapi lain jadinya kerana bahan campuran lain yang menyebabkan masalah kesihatan.

*Selepas makan, jangan lupa bersenam ya…

Baca juga: Petua Buang Toksin Dalam Badan Guna 1 Bahan Je, Confirm Segar & Puas Hati!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×