Sihat

Penghidap Kolestrol Tinggi? Ini Diet Mujarab Untuk Anda Kurangkan Kolestrol Dengan Pantas

2
SHARES

Diet pemakanan sememangnya penting bagi mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi. Ini kerana pengambilan makanan yang dapat menjaga tahap keseimbangan kolesterol boleh membantu mencegah masalah kesihatan seperti sakit jantung.

Terdapat dua jenis kolestrol iaitu kolestrol baik dan jahat. Kedua-dua mempunyai fungsi tersendiri dan untuk anda pesakit tinggi kolestrol, berikut merupakan diet yang boleh dicuba seperti perkongsian Dietition Maria Ulfah di laman Facebooknya.

Baca juga: Senarai Jenis Makanan Untuk Elak Masalah Hati, Kena Amalkan!

PENGHIDAP KOLESTROL TINGGI? INI DIET MUJARAB UNTUK ANDA

1. Kolestrol pada asalnya tidaklah sejahat yang difikirkan. Kalau nak tahu badan kita sendiri sebenarnya menghasilkan kolestrol. Organ yang bertanggungjawab dalam penghasilan kolestrol ialah hati (liver)

2. Antara fungsi kolestrol adalah digunakan dalam penghasilan hormon, penghasilan vitamin D dan untuk mengekalkan kestabilan sel membrane.

3. Ada 2 jenis kolestrol yang biasa kita jumpa iaitu kolestrol jahat (Low Density Lipoprotein-LDL) dan kolestrol baik (High Density Lipoprotein-HDL)

4. Semakin tinggi kolestrol LDL maksudnya semakin banyak kolestrol yang boleh berkumpul dan melekat pada dinding salur darah.

– Ini antara ikan ‘melayu’ yang juga kaya dengan lemak baik selain salmon. Ada ikan siakap kembung tenggiri dan tuna. Saranan pengambilan ikan 2x seminggu ya.

5. Pengumpulan kolesterol yang berlebihan lama kelamaan membuatkan salur darah tersumbat yang boleh menyebabkan serangan jantung atau strok.

6. Kajian mendapati makanan tinggi lemak tepu dan lemak trans boleh meningkatkan paras kolestrol LDL dalam badan.

– Walaupun minyak di atas kaya dengan lemak baik, kuantiti masih kena jaga sebab 1 sudu minyak masih 45kcal. Sebaiknya sekali hidangan/makan gunakan minyak dalam 2-3 sudu teh minyak dah memadai. Kekacang 6-12biji sekali makan pun dah ok.

7. Oleh itu penting untuk kita kenal sumber makanan tinggi lemak tepu dan lemak trans. Cuba elakkan atau kurangkan kekerapan dalam diet seharian.

Antaranya minyak sapi, majerin dan gantikan lemak tepu/lemak trans dengan lemak baik yang boleh meningkatkan kolestrol baik (HDL). Contohnya ikan sardin, tuna, kekacang badam, atau minyak zaitun.

Selain lemak tepu dan lemak trans, makanan tinggi gula dan karbohidrat ringkas juga menyumbang kepada peningkatan kolestrol. Contoh seperti chocojar, pavlova cookies atau air boba. Jadi kena hati-hati ok!

Sumber: Facebook Dietition Maria Ulfah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×