Sihat

Senarai Jenis Makanan Untuk Elak Masalah Hati, Kena Amalkan!

1.5K
SHARES

Hati adalah organ yang paling aktif di dalam tubuh. Ia terletak di sebelah kanan bahagian atas abdomen. Hati berfungsi untuk membantu menghasilkan protein, kolesterol dan menyimpan vitamin, mineral dan juga karbohidrat.

Bagi mengelakkan penyakit dan beberapa risiko lain, terdapat beberapa makanan serta tips boleh diamalkan bagi memastikan masalah hati dapat dielakkan seperti perkongsian Dr Suri Roowi di bawah.

Baca juga: [VIDEO] Casing Telefon Boleh Sebabkan Penyakit Tendinitis? Patut Asyik Lenguh…

SENARAI JENIS MAKANAN UNTUK ELAK MASALAH HATI, KENA AMALKAN!

Terdapat pelbagai jenis makanan untuk bantu masalah hati (fatty liver dan liver cirrhosis). Di antaranya adalah:

1. Minum air bawang putih (ikut cara penyediaan yang ditulis sebelum ini). Jangan ambil banyak – hanya 1 atau 2 ulas dengan segelas air sahaja.

2. Makan cincau hitam. Kajian saintifik mendapati cincau hitam bertindak sebagai pelindung hati. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penurunan enzim-enzim petunjuk kerosakan hati seperti SGOT, SGPT dan ALP.

3. Minum teh hijau. Teh hijau bantu masalah fatty liver dan liver cirrhosis.

4. Minum jus kunyit dan sedikit serbuk lada hitam. Jus kunyit boleh bantu delay kerosakkan hati akibat cirrhosis.

5. Minum air biji anggur (tumbuk dan campur air). Biji anggur kaya bahan khasiat procyanidin (bahan antioksidan). Bahan ini lebih mudah diekstrak menggunakan air berbanding minyak. Procianidin adalah antara bahan antioksidan yang kuat dan bantu masalah ‘fatty liver’.

6. Makan banyak fiber, contohnya buah tin dan barli.

7. Makan lobak putih yang direbus. Glucoraphenin dalam lobak putih bagus untuk bantu masalah hati terutamanya fatty liver.

8. Minum air rebusan pokok dukung anak pada kadar 3g dalam 300 ml air panas.

9. Minum air asam gelugur untuk bantu kurangkan lemak dalam hati.

10. Jika teringin nak makan ubi parut dahulu untuk hilangkan cyanide.

11. Pastikan sayur di basuh bersih dan direndam garam terlebih dahulu (untuk buang racun).

12. Kurangkan makanan berempah.

13. Banyakkan minum air.

Selain itu, yang ada masalah hati juga perlu elakkan makanan jenis ‘night shade plant’ iaitu:

  • Terung
  • Cili
  • Ceri
  • Tomato
  • Kentang

Elakkan juga memakan makanan yang sudah busuk atau rosak seperti kentang busuk dan halia busuk.

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×