Sihat

[VIDEO] Casing Telefon Boleh Sebabkan Penyakit Tendinitis? Patut Asyik Lenguh…

10
SHARES

Penggunaan casing telefon bimbit memang menjadi pilihan ramai kerana boleh melindungi telefon daripada calar dan pecah. Pelbagai jenis casing telefon boleh didapatkan di luar dengan pelbagai jenis reka bentuk, saiz dan berat.

Tanpa kita sedar, casing telefon yang dipilih sebenarnya boleh merisikokan diri dan kesihatan seperti perkongsian Dr Hannani Kamarudin di laman TikToknya.

Baca juga: Suka Korek Telinga Guna Besi, Gegedang Telinga Pecah & Bocor!

CASING TELEFON BOLEH SEBABKAN PENYAKIT TENDINITIS?

Menurut pengamal perubatan swasta, Dr Hannani Kamarudin berkongsi risiko kepada pengguna yang memilih untuk menggunakan casing telefon bimbit berat.

Ini kerana ia boleh menyebabkan penyakit tendinitis iaitu penyakit lenguh pada pergelangan tangan kerana kita memegang telefon bimbit terlalu lama. Pengguna telefon bimbit akan merasa kebas, kaku dan sakit meskipun sedang tidur dan tidak memegang telefon.

“Penyakit tendinitis ini adalah penyakit lenguh pergelangan tangan kerana memegang telefon bimbit terlalu lama. Mereka yang mengalaminya akan merasa kebas dan kaku walaupun sedang tidur serta tidak memegang telefon bimbit,” jelasnya menerusi video itu.

Kesimpulannya, pastikan anda memilih sarung telefon yang ringan dan selesa untuk tangan atau menggunakan pemegang (stand) bagi penggunaan dalam tempoh lama.

VIDEO PENUH:

@drhannanikamarudi

Tadi ada seorang pesakit datang dengan keluhan lenguh pada tangan . Malam malam jugak terbangun dari tidur kerana rasa sakit pada tangan. Tidak pernah jatuh dan kemalangan pada tangan tersebut. Setelah diperiksa perkara yang kita sangka remeh tapi sebenarnya bahaya iaitu cover handphone(disclaimer: saya tak jual cover handphone) pilih cover handphone yang hand friendly .tak cantik takpw janji selesa😜😜 love drH

♬ Happy Mood – AShamaluevMusic

Sumber: TikTok Dr Hannani Kamarudi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×