Sihat

Bila Tangan Atau Kaki Terseliuh Jangan Terus Urut Tapi Buat 4 Perkara Ini Dulu…

27
SHARES
KAKI TERSELIUH

Sudah menjadi kebiasaan setiap kali tangan atau kaki terseliuh pasti kita akan terus mengurut bahagian yang sakit tersebut. Sebenarnya, menerusi penjelasan Public Health Malaysia di laman Facebooknya, tindakan tersebut salah kerana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah makin serius.

Jadi, apa yang anda kena lakukan jika tangan atau kaki terseliuh adalah seperti perkongsian di bawah. 4 perkara ini boleh membuatkan proses penyembuhan lebih cepat.

Baca juga: Tak Sangka Rupanya Buah Mata Kucing Boleh Cantikkan Kulit, Patutlah Ramai Yang Suka!

TANGAN/KAKI TERSELIUH JANGAN TERUS URUT, BUAT MACAM INI DULU

KAKI TERSELIUH

Jika anda alami sebarang kecederaan melibatkan tisu dan sendi (terseliuh) kalau boleh, elakkan:

Tindakan tersebut akan mengakibatkan radang menjadi bertambah serius dan semakin sakit. Sekaligus memperlahankan proses penyembuhan.

Langkah yang disarankan adalah dengan:

1. Berehat 

Kurangkan pergerakan dan beban pada kecederaan

2. Ais batu

Tuam dengan ais batu selama 20 minit, kemudian berehat. Lakukan rutin ini setiap jam dalam tempoh 48 jam. Ia dapat mengurangkan radang dan kesakitan.

Perlu diingatkan agar elak meletakkan ais secara berterusan kerana akan menggangu peredaran darah dan boleh menyebabkan frostbite.

3. Compress atau balut

Balut secara ringan dengan kain bandage yang elastik. Jangan terlalu ketat

4. Tinggikan bahagian yang tercedera

Tinggikan bahagian yang tercedera dengan meletakkan di atas atas kerusi dan timbunan bantal.

Ingat ya, jangan terus urut dan letak minyak panas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Petua Buang Toksin Dalam Badan Guna 1 Bahan Je, Confirm Segar & Puas Hati!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×