Asuh

Gara-Gara Tersadung Batu, Achey Bocey Kongsi Kaki Anak Mula Bengkak & Tulang Retak!

7
SHARES
achey bocey

Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak terkenal, Achey Bocey yang sering berkongsikan momen-momen kelakar bersama anaknya di laman media sosial. Namun kali ini, perkongsian terbaharunya mengejutkan ramai kerana anaknya tersebut mengalami keretakan tulang.

Nampak macam serius kerana reaksi sakit anak Achey tersebut meruntun hati ramai!

Baca juga: JKM Cari Ibu Kandung/Waris Adrian Rayyan, Bayi Yang Ditinggalkan Di Dobi Mac Lalu

ACHEY BOCEY KONGSI KAKI ANAK RETAK GARA-GARA TERSADUNG

achey bocey

Dalam perkembangan terbaharu, Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya kini dirundung duka selepas permata hati mereka itu mengalami kecederaan pada kaki. Menerusi hantaran di Instagram miliknya, Achey atau atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah memaklumkan Tiara mengalami keretakan tulang pada bahagian kaki.

“Salam semua, doakan Tiara ya. Petang semalam dia bermain di tapak acara dan kemudian hujan lebat. Dia (Tiara) lari nak ke booth tersadung batu dan terjatuh. Saya ingat tiada apa-apa serius namun semakin lama ia membengkak,” kongsinya.

Pada awalnya selepas tersadung, difikirkan tidak mempunyai apa-apa kesan kesampingan namun melihatkan keadaan anak yang semakin serius, Achey dan isteri bertindak membawa anak perempuan mereka itu ke klinik bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan.

“Selepas itu Tiara mula sakit-sakit dan kami terus membawanya untuk X-ray terus. Rupanya retak. Banyak betul dugaan awak kakak bulan ni,” titip Achey.

Lebih menghibakan, gara-gara hanya tersadung tersebut doktor memberitahu bahawa  tulang kakinya retak. Malah, buah hati Achey dan isterinya itu menangis dan meraung kesakitan ketika dirawat doktor.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat Tiara agar segera sembuh. Malah warganet juga berkongsi tip dan panduan penjagaan pesakit retak tulang.

“Reaksi Achey macam ayah saya kalau anak-anak sakit. Cepat sembuh Tiara”

“Kalau retak memang sakit nak berpijak. Sakit sama macam patah jugak. Tiara kena pakai tongkat atau kerusi roda dulu tu.”

achey bocey

Awal Ogos lalu, Tiara pernah menjalani pembedahan membuang tonsil atau tonsilektomi susulan mengalami simptom berdengkur kuat. Untuk rekod, Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya mengambil anak angkat perempuanya itu pada Mei 2018 selepas 14 tahun mendirikan rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Achey (@anne_achey._)

*Semoga cepat sembuh adik Tiara!

Baca juga: Trend ‘Hidupkan’ Orang Yang Dah Meninggal Guna Teknologi AI, Mufti Jelas Hukumnya!

Sumber: Instagram @AcheyBocey

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×