Menjadi kewajipan dalam makanan-makanan bersup dan berempah, pasti akan ada salah satu herba yang ‘dibenci’ ramai iaitu cengkih. Walaupun herba ini kelihatan kecil molek namun khasiat bunga cengkih adalah sangat besar untuk kesihatan badan manusia.
Jarang dalam kalangan kita mengetahui bahawa amalan makan bunga cengkih setiap hari merupakan petua tradisional orang kampung untuk menjaga kesihatan jantung lantas, membuatkan orang dulu-dulu lebih awet muda.
Baca juga: 10 Jenis Masalah Gangguan Keperibadian/Mental, Ramai Alami Yang No.7!
KHASIAT BUNGA CENGKIH, PETUA TRADISIONAL KENA MAKAN 10 BIJI SEHARI
Ini cengkih, antara rempah yang sentiasa ada dekat dapur. Walaupun nampak saja kecil, namun khasiatnya sangat banyak! Ini petua yang kak Bib pernah kongsikan dulu. Petua ni amalan Allahyarham Tuan Guru Haji Hashim, mudir Pondok Pasir Tumbuh Kelantan.
Allahyarham dah amalkan cengkih dari usia belasan tahun tau. (Allahyarham meninggal dalam usia 90 tahun). Menurut Allahyarham, 4 kelopak bunga cengkih adalah untuk:
1. Kesihatan mata
2. Kecerdasan minda
3. Kesihatan gigi
4. Kesihatan Jantung
Makan cengkih dalam 10 biji sehari. Langkahnya macam dekat bawah:
1.Kemam bunga cengkih.
2.Sedut udara dari mulut dan hembus supaya khasiat cengkih sampai ke jantung.
3.Lakukan 2 ke 3 kali untuk satu sesi.
Selain dari itu, kalau anda nak tahu cengkih ini pun termasuk antara superfoods tau. Antara khasiat cengkih yang lain;
– Rawat masalah pernafasan
– Membolehkan paru-paru berfungsi dengan baik dan membolehkan suara sentiasa lantang
– Bantu sistem pencernaan
– Elakkan gigi rosak dan dapat menahan dari gangguan bakteria
– Panaskan tubuh
– Mengandungi euganol yang berfungsi mencegah pembekuan darah yg mencegah penyakit jantung danstroke
– Sumber antioksidan yang jaga kesihatan kulit dan muka
– Kuatkan daya ingatan
*Banyak kan khasiat cengkih ini? Kadang-kadang benda yang pahit inilah yang memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita begitu juga dalam kehidupan..
Baca juga: 7 Tanda AMARAN Kalau Termakan Racun Tikus, Rawatan Paling Cepat Guna Teknik INI
Sumber: Habibah Badar Bajrai