Masalah anxiety merupakan antara masalah kesihatan yang sering dipandang remeh. Anxiety atau kegelisahan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan ia merupakan salah satu masalah kesihatan yang tidak boleh dianggap remeh kerana boleh menjadi lebih teruk jika anda tidak tahu cara atasi anxiety ini dengan betul.
Boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk tempat kerja, kegelisahan melampau ini turut boleh menyebabkan anda sesak nafas secara tiba-tiba. Jadi, kalau tak mahu masalah ini berlaku di tempat kerja dan mengganggu produktiviti anda pastikan anda buat 6 perkara ini.
Baca juga: Bahaya ‘Scroll’ Telefon Pintar Selepas Jam 11 Malam, Risiko Alami Kemurungan Teruk
Cara Atasi Anxiety (Kegelisahan) di Tempat Kerja

Foto: Forbes
1. Merancang Terlebih Dahulu
Luangkan sedikit masa untuk membuat perancangan. Anda boleh merancang aktiviti harian atau mingguan anda. Dengan perancangan yang lebih awal, anda dapat memahami setiap tugasan dengan lebih terperinci dan merancang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menyelesaikannya. Rancangan yang teratur akan membantu anda mengawal kerja dan hari anda, serta mengurangkan perasaan gelisah.
2. Bahagikan Tugasan kepada Bahagian yang Lebih Kecil
Anda mungkin merasa lebih gelisah apabila menghadapi tugasan yang besar. Cara yang lebih praktikal adalah dengan memecahkannya kepada beberapa bahagian yang lebih kecil. Ini akan membantu anda mengurangi keletihan mental dengan menyederhanakan tugas besar tersebut. Buat senarai semak, dan tandai apabila setiap bahagian tugasan selesai; ini akan meningkatkan keyakinan diri anda dan memberikan semangat untuk menyelesaikan tugasan berikutnya.
3. Menetapkan Tarikh Akhir yang Realistik
Mengambil tarikh akhir yang terlalu bercita-cita tinggi hanya akan menambahkan kegelisahan anda. Pilihlah tarikh akhir yang munasabah dan dapat dicapai. Beritahu rakan kerja anda tentang tarikh akhir yang telah anda tetapkan agar mereka memahami alasan anda dan memberikan ruang kepada anda untuk menyelesaikan tugasan mengikut tarikh tersebut.
4. Minta Bantuan
Jangan ragu untuk meminta bantuan. Bagi seseorang yang mengalami kegelisahan, meminta bantuan akan terasa sulit kerana mereka bimbang akan dilihat sebagai tidak kompeten. Mintalah sokongan dari rakan kerja untuk meringankan beban kerja. Bantuan ini boleh berupa tenaga atau buah fikiran. Bincang dengan mereka masalah yang dihadapi dan minta mereka membantu seupaya mereka. Selain itu, jangan takut untuk berkomunikasi dengan orang atasan anda, dan orang atasan yang rasional akan membantu mengurangkan beban kerja dan memberikan sokongan yang diperlukan.
5. Terima Hakikat Bahawa Anda Akan Merasa Gelisah
Setiap orang akan merasakan kegelisahan dari semasa ke semasa dalam pekerjaan mereka. Ini adalah sesuatu perkara yang lumrah. Penting untuk kita memiliki strategi bagaimana mengurangi kegelisahan tersebut. Jika anda berasa tidak mampu mengatasinya sendiri, dapatkan bantuan dan sokongan profesional untuk mengawal kegelisahan anda di tempat kerja sehingga anda dapat menghadapinya dengan lebih baik di masa hadapan.
6. Jaga Diri dengan Baik
Penjagaan diri yang baik sangat penting untuk menghindari stres dan kegelisahan yang tak terkawal. Ambillah waktu untuk istirehat antara pekerjaan anda agar anda dapat kembali bertenaga untuk menyelesaikan tugasan. Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup, makan makanan yang sihat dan seimbang, bersenam, dan aktif bersosial.
*Tarik nafas dalam-dalam dan kekal tenang okay!
Baca juga: 10 Sebab Anda Kena Makan Terung, Khasiat Nombor 4 Paling Tak Sangka!
Sumber: MedTweetMY