Sihat

Penyakit Anxiety Disorder ‘Serang’ Dalam Diam, Anda Akan Alami Tanda INI Dalam 6 Bulan

18
SHARES
penyakit anxiety disorder

Pernah tak anda rasa diri mengalami perasaan berdebar-debar secara tidak menentu dalam skala yang kerap? Pantang ada perkara yang sedikit berserabut, pasti anda akan mengalami keadaan seperti ini tanpa mengetahui punca. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan salah satu tanda penyakit anxiety disorder yang ‘menyerang’ kita dalam diam!

Mungkin kita merasakan bahawa ini hanyalah simptom penyakit biasa, namun jika dibiarkan, anxiety disorder ini akan ‘memakan’ diri anda secara perlahan-lahan. Jadi, penting untuk anda ambil tahu tentang penyakit anxiety disorder ini bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Baca juga: Ini 5 Jenis Pilihan Pil Perancang Yang TERBAIK, Doktor Pun Sarankan Tau!

APA ITU PENYAKIT ANXIETY DISORDER?

penyakit anxiety disorder

Generalised Anxiety Disorder (Ganggunan Kebimbangan Umum) atau GAD ialah sejenis penyakit di mana seseorang mengalami kebimbangan berlebihan sekurang-kurangnya 6 bulan, berdasarkan Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-V) ke-5.

Antara gejala GAD adalah:

1. Kebimbangan berterusan tentang pelbagai perkara sekurang-kurangnya 6 bulan
2. Sukar untuk mengawal kebimbangan tersebut
3. Perasaan resah atau sukar bertenang
4. Sukar fokus/menumpukan perhatian
5. Gangguan tidur
6. Ketegangan otot
7. Cepat berasa marah
8. Keletihan

Tahap kebimbangan itu boleh berada pada tahap ringan dan sederhana di mana seseorang itu masih boleh melaksanakan aktiviti harian dan bersosial seperti biasa kepada tahap yang teruk yang mana ianya menjejaskan fungsi serta aktiviti harian seseorang individu.

Perbezaan di antara kebimbangan biasa dengan GAD adalah:

1. Kebimbangan biasa boleh dikawal di mana seseorang boleh mengenepikan kebimbangan tersebut apabila ada perkara yang lebih penting yang perlu diselesaikan akan tetapi GAD sukar untuk mengawal kebimbangan tersebut hingga menyebabkan aktiviti harian lain terjejas.

2. Kebimbangan biasa berlaku dalam jangkamasa yang pendek dan ada faktor pencetus yang spesifik, tetapi GAD durasinya lebih panjang dan berlaku tanpa ada isu yang spesifik.

3. Kebimbangan biasa tidak disertai dengan gejala fizikal akan tetapi GAD disertai dengan gejala fizikal.

Apa yang menyebabkan GAD?

Selalunya terdapat kombinasi beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya GAD ini.

1. Faktor biologi: Kajian menunjukkan GAD ada hubungkait dengan perubahan di dalam fungsi otak

2. Sejarah keluarga: Individu yang mempunyai sejarah keluarga penyakit mental adalah lebih berisiko.

3. Peristiwa hidup yang menekan: Tekanan hidup seperti kehilangan/putusnya hubungan rapat, masalah kewangan, penderaan fizikal/seksual atau emosi, dan juga mengalami trauma pada zaman kanak-kanak.

4. Faktor psikologi: Sesetengah ciri personaliti seperti mereka yang sentiasa cenderung mencari kesempurnaan atau seseorang yang sensitif.

Rawatan GAD

1. Ubat-ubatan: Rawatan pertama yang akan diberikan adalah ubat anti-depressant. Ubat ini akan mempengaruhi aktiviti serotonin, yang mana ini merupakan bahan kimia yang terlibat di dalam fungsi otak yang mencetuskan kebimbangan.

Selective-serotonin-reuptake-inhibitor (SSRI) seperti sertraline dan fluoxetine adalah antara ubatan yang biasa diberikan kepada pesakit GAD. Ubat-ubat yang lain juga akan diberikan kepada pesakit setelah dinilai oleh doktor yang merawat.

2. Psikoterapi: Mereka yang terlatih seperti pakar psikiatri, ahli psikologi atau kaunselor akan membantu untuk meningkatkan kemahiran pesakit dalam menangani kebimbangan. Salah satu daripada terapi yang biasa digunakan adalah terapi kognitif tingkah laku (Cognitive-Behaviour Therapy).

3. Teknik relaksasi: Kaedah seperti teknik pernafasan dalam, meditasi, mengalih perhatian adalah berguna untuk membantu seseorang itu untuk menenangkan diri. Rujukan kepada jurupulih cara kerja (Occupational therapist) boleh dilakukan untuk membantu mengajar pesakit mengenai teknik relaksasi.

4. Mengamalkan gaya hidup yang sihat: Menjalankan aktiviti fizikal dapat membantu untuk menurunkan stress. Diet yang sihat dan seimbang juga penting di samping tidur yang cukup. Kurangkan pengambilan kafein dan hentikan merokok, elakkan minuman beralkohol serta pengambilan dadah dan arak kerana ini boleh menerukkan lagi gejala kebimbangan.

penyakit anxiety disorder

*Yang penting, jika anda merasakan kebimbangan ini berterusan dan tidak terkawal sehingga mengganggu aktiviti harian anda, jangan tunggu dan terus dapatkan bantuan.

Anda boleh ke klinik kesihatan terdekat untuk membuat saringan. Jika anda mempunyai GAD, rawatan akan dimulakan oleh pegawai perubatan. Jika penyakit tersebut masih tidak terkawal atau berada dalam tahap teruk, anda akan dirujuk ke klinik pakar psikiatri untuk rawatan lanjut.

Baca juga: Kerap Sakit Perut Yang Melampau? Hati-Hati Mungkin Itu Tanda-Tanda Kanser Perut!

Sumber: Twitter @MedTweetMY

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×