“Selalu sangat rasa sakit bahagian perut ni dan susah nak telan. Kalau Google ada mengatakan ini tanda kanser perut!”
Walaupun jarang dalam kalangan kita terdedah dengan pengetahuan mengenai kanser perut tetapi, kanser ini juga adalah sangat berbahaya untuk manusia. Mana tidaknya, anda akan mengalami fasa tidak mampu untuk menelan makanan dan ini sangat menyeksakan!
Sebagai pencegahan awal untuk mendapatkan rawatan, berikut merupakan antara tanda-tanda kanser perut yang anda boleh perhatikan.
Baca juga: Masalah Suami Selalu Komplain ‘Tak Puas’, Rupanya Anda Alami 5 Tanda Miss V Longgar
TANDA KANSER PERUT, NAMPAK REMEH TAPI BAHAYA!
Kanser perut, yang boleh juga dipanggil kanser gastrik, adalah pertumbuhan sel yang bermula di dalam perut. Kawasan yang dimaksudkan adalah perut yang berada di bahagian tengah, tepat di bawah tulang rusuk. Namun, kanser perut boleh berlaku di mana-mana sahaja bahagian perut.
Tanda dan gejala kanser perut mungkin termasuk:
-Masalah untuk menelan
-Sakit perut
-Selalu rasa kembung selepas makan
–Rasa kenyang selepas makan walaupun sedikit sahaja makanan
-Tidak berasa lapar apabila anda sepatutnya lapar
-Pedih ulu hati
-Senak perut
-Loya
-Muntah-muntah
-Berat badan turun mendadak tanpa mencuba
-Terasa sangat penat/ kerap rasa letih
Paling merisaukan adalah kanser perut boleh merebak ke bahagian lain dalam badan dan dipanggil kanser perut metastatik. Ia menyebabkan gejala khusus di mana ia merebak ke nodus limfa (organ imun kecil), dan mungkin menyebabkan ketulan yang boleh anda rasa melalui kulit.
Jika anda bimbang tentang sebarang perubahan yang dialami, sila berbincang dengan doktor anda. Doktor selalunya akan bertanya berapa lama dan berapa kerap anda mengalami simptom tersebut, sebagai tambahan kepada soalan lain. Ini adalah untuk membantu mengetahui punca masalah, dipanggil diagnosis.
Jika kanser didiagnosis, rawatan untuk simptom kekal adalah bahagian paling penting dalam penjagaan dan rawatan kanser. Ia sering dimulakan sejurus selepas diagnosis dan berterusan sepanjang rawatan. Menguruskan gejala juga boleh dipanggil “penjagaan paliatif” atau “penjagaan sokongan.”
*Pastikan anda berbincang dengan doktor pakar tentang simptom yang anda alami, termasuk sebarang simptom baharu atau perubahan simptom.
Baca juga: Walaupun Bau Busuk Satu Kampung Tapi 7 Manfaat Jering Ini Boleh Buat Anda Jatuh Cinta!
Sumber: Mayo Clinic, Cancer.net