Sihat

Rimasnya! Ini Petua Hilangkan Gatal Tekak dan Batuk-Batuk Guna Bahan Semula Jadi

40
SHARES
petua hilangkan batuk

“Aduh sejak cuaca panas dan tak menentu ni, tekak asyik sakit dan gatal. Ada petua hilangkan batuk ni tak?”

Rasa sakit pada tekak, gatal serta batuk-batuk merupakan perasaan yang tidak selesa, tambah pula kalau berada di kawasan luar rumah. Asyik terbatuk-batuk sampai dipandang oleh orang sekeliling, rasa tidak selesa betul! Jadi, macam mana nak hilangkan batuk serta gatal tekak ini?

Tak susah, ada beberapa jenis bahan semula jadi yang anda gunakan seharian mempunyai potensi tinggi merawat sakit ini dengan berkesan. Jom cuba!

Baca juga: Ubat Batuk & Selesema TAK BOLEH Bagi Untuk Anak Usia 2 Tahun Ke Bawah, Risiko Sawan!

9 PETUA HILANGKAN BATUK DAN GATAL TEKAK SECARA SEMULA JADI

petua hilangkan batuk

1.Hilangkan batuk dengan madu

Madu merupakan antara bahan semula jadi yang menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit. Salah satunya adalah dengan menggunakan madu sebagai rawatan hilangkan batuk dan gatal-gatal tekak. Caranya adalah dengan ambil satu sudu madu dan makan begitu sahaja.

2.Campurkan madu dan air

Sa;ah satu cara lain untuk rawat batuk dan gatal tekak menggunakan madu adalah larutkan ke dalam air. Hal ini kerana, bukan semua dalam kalangan kita yang boleh telan madu dengan begitu sahaja. Jadi, campurkan sahaja satu sudu madu ke dalam air suam, teh atau jus lemon supaya batuk makin berkurangan.

3.Guna asam jawa

Petua lain yang digunakan adalah dengan asam jawa. Rasa masam dari asam jawa ini bukan sahaja sesuai untuk masakan, malah sebagai penawar melegakan tekak gatal. Caranya adalah dengan mengambil beberapa biji asam jawa dan dibuang biji terlebih dahulu. Campurkan ke dalam segelas air suam dan kacau sehingga sebati. Kalau nak tambah gula sedikit pun tidak mengapa jika terlampau masam.

4. Guna lemon

Sedapnya jus lemon bukan? Bukan sekadar sedap tetapi jus lemon sangat sesuai untuk merawat batuk kering dan tidak berkahak. Caranya adalah potong dua bahagia sebiji lemon, perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam.

Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.

5.Guna limau nipis

Selain lemon, anda boleh gunakan buah limau nipis untuk mengurangkan gatal-gatal tekak. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua dan perahkan dalam air suam dan minum.

6.Guna air garam

Ini merupakan cara yang paling mudah dan tidak mahal iaitu dengan menggunakan garam. Apa yang anda boleh buat adalah dengan tambah sedikit garam iaitu dalam setengah sudu besar ke dalam air suam dan kacau sehingga sebati. Kemudian, kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.

7.Guna kunyit

Ada yang menyarankan bahawa jika anda mengalami batuk teruk dan gatal tekak teruk, cara yang paling mujarab adalah dengan menggunakan kunyit.

Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit. Bukan itu sahaja, anda juga boleh makan makanan berasaskan kunyit seperti singgang atau masak lemak cili api.

8.Guna air suam

Inilah tips yang paling tidak boleh ditinggalkan iaitu dengan minum air suam dengan banyak. Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat. Kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.

9.Mandi air panas

Menurut WebMD, pakar mencadangkan salah satu cara untuk menghilangkan batuk adalah dengan mandi air panas. Tapi janganlah guna air panas menggelegak tu ya. Bukan sahaja menyihatkan dan melegakan sakit badan, malah mandi air panas ini membantu menghilangkan batuk serta mencairkan kahak. Wap air panas inilah yang membantu untuk mengurangkan kegatalan dan elak selesema.

petua hilangkan batuk

*Jadi, boleh guna beberapa petua di atas untuk melegakan rasa sakit tekak dan gatal tekak ya. Kalau gatal lain tak boleh! 

Sumber: WebMD

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×