Dapur

“Aduhhh~ Bisanya Badan. Ini Mesti Nak Demam!” – Rawat Demam Urat Dengan Petua Mudah Ini

17
SHARES
petua demam urat

Penulis percaya keadaan badan yang sengal-sengal bisa, pasti pernah dirasai oleh ramai pembaca sebelum diserang demam. Ia boleh dianggap ‘hint’, sebelum demam datang menyinggah. Boleh sahaja melegakannya dengan petua demam urat yang dikongsikan di bawah.

Petua ini sungguh mudah resepi tehnya, dengan bahan-bahan yang mudah didapati di dapur. Ia hanya perlu diminum sekali atau dua kali seminggu sahaja. Jom lihat resepinya.

Baca juga: Tak Ramai Tahu Petua Daun Durian Belanda Rupanya Ada 7 Khasiat, Patut Orang Lama Suka Guna!

PETUA DEMAM URAT

petua demam urat

Tanda demam nak menyinggah. Badan mula rasa sengal-sengal. Sakit urat mula mengaduh sana sini.

Ini petua mudah buat teh untuk legakannya. Amal 1 atau 2 kali dalam seminggu.

PETUA MINUMAN TEH UNTUK LEGAKAN DEMAM URAT

BAHAN-BAHAN:

  • Serai
  • Halia
  • Daun pandan (nak bagi wangi).
  • Madu asli.

CARA PENYEDIAAN TEH:

1. Mula sekali, serai itu perlu diketuk-ketuk sikit. Dalam 2 batang.

2. Kemudian, ambil halia sebesar ibu jari dan potong halus-halus.

3. Daun pandan diperlukan hanya sehelai dua ikat sahaja.

4. Rebus semua ini dalam periuk.

5. Setelah selesai, biarkan ia sejuk sedikit baru masukkan madu.

Ia cukup untuk minum seorang. Bertambah sedap apabila ada bau wangi daun pandan. Nak lebih, gandakan saja halia dan serai.

Ini petua paling mudah dibuat. Seeloknya minum bila dah nampak tanda nak demam.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×