Sihat

Tips Hilangkan Lenguh Badan & Sakit Saraf, Lega Satu Badan Macam Zaman Muda!

9
SHARES
LENGUH BADAN

Lenguh badan dan sakit saraf boleh mengganggu aktiviti harian kerana semua perkara tidak dapat dilakukan. Masalah lenguh badan boleh diselesaikan dengan tips yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Suhaniza Isenen.

Selain mementingkan gaya hidup sihat dan mendapatkan tidur yang mencukupi, anda boleh cuba air rebusan serai dan halia. Berkesan!

Baca juga: Khasiat Daun Selaput Tunggal Untuk Kesihatan, Boleh Rawat Kencing Manis & Gout Rupanya

TIPS HILANGKAN LENGUH BADAN DAN SAKIT SARAF

LENGUH BADAN

Stres kerja boleh menjadi sebab tubuh kita rasa lesu dan tidak bermaya. Ditambah waktu makan yang tak ikut masa pun boleh jadikan badan rasa sengal dan berangin sana sini.

Berikut merupakan antara cara anda boleh cuba untuk hilangkan lenguh-lenguh badan dan juga sakit saraf:

1. Cara tidur yang betul 

Adakalanya bila kita beralih dan kekal pada posisi tertentu dalam jangka sama yang lama juga boleh jadikan tubuh kita rasa sakit pada keesokan pagi. Jadi postur tidur yang betul perlu dijaga.

2. Berurut

Dapat melancarkan perjalanan darah dan keluarkan angin dalam badan dengan lebih efektif. Boleh la keluarkan sedikit duit untuk ke spa yang ada tawarkan sesi urut seluruh badan.

3. Jangan makan laju-laju

Cuba ambil masa dan makan perlahan-lahan dan lebihkan mengunyah. Pastikan kita minum lebih banyak air kosong bagi melancarkan sistem penghadaman.

4. Amalkan senaman regangan

Jika bukan jenis yang suka bersenam, cukup sekadar membuat senaman regangan setiap jam supaya tubuh tidak statik pada satu posisi dalam jangka masa yang lama.

5. Minum air rebusan serai dan halia

Bahan Bahan:

– Direbus dengan 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air. Tunggu suam diminum begitu sahaja atau boleh campur dengan susu atau madu. Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 atau 3 kali.

Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh lenguh badan, kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rawatan Resdung Guna Bawang Besar, Lega Habis Semua ‘Khazanah’ Keluar

Sumber: Facebook Suhaniza Isenen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×