Sihat

Rawatan Resdung Guna Bawang Besar, Lega Habis Semua ‘Khazanah’ Keluar

23
SHARES
CARA HILANGKAN RESDUNG

Masalah resdung merupakan antara penyakit yang dialami oleh orang ramai. Selain mendapatkan rawatan di klinik atau hospital, ada cara hilangkan resdung dengan menggunakan bawang besar seperti perkongsian pengguna Facebook ini.

Tips rawatan resdung ini merupakan petua yang digunakan oleh orang dulu-dulu. Hanya menggunakan 3 bahan utama sahaja, mudah dan berkesan!

Baca juga: Ternyata Minum Air Lemon Cengkih Memang Berkesan Untuk Rawat Batuk, Selesema & Migrain

CARA HILANGKAN RESDUNG GUNA BAWANG BESAR, JOM CUBA

CARA HILANGKAN RESDUNG

Bahan-bahan:

  • Sengenggam cengkih (untuk dewasa)
  • Bawang besar 1 1/2 biji
  • Kayu manis asli 1 batang

Cara penyediaan:

1. Isikan setengah air ke dalam periuk tanah liat. Lebih bagus menggunakan periuk jenis ini kerana lebih banyak wap.

2. Masukkan bawang besar dan biarkan sehingga air mendidih.

3. Bila air sudah mendidih dan mengelegak, masukkan sengenggam cengkih serta kulit kayu manis ceylon.

4. Biarkan air mendidih selama lebih kurang 10 hingga 15 minit.

5. Bila sudah mendidih dan banyak wap keluar, perlahankan api.

6. Kemudian rapatkan muka di periuk dan sedut wap yang keluar menggunakan hidung.

7. Ulang langkah ini untuk beberapa kali sehingga keluar hingus meleleh.

8. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan niatkan dalam hati agar masalah resdung disembuhkan dengan izin Allah.

9. Bila dah selesai, air rebusan tadi boleh disimpan dan dipanaskan semula untuk kegunaan hari lain.

Buat sehingga resdung berkurangan dan tiada lagi masalah gatal-gatal hidung. Ini merupakan antara petua yang boleh dicuba dalam merawat resdung. Sekiranya terlalu serius dan teruk, dapatkan nasihat dan rawatan doktor.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Tak Sangka Air Rendaman Bendi Banyak Khasiatnya, Umur 86 Tahun Pun Masih Kuat Lagi!

Sumber: Facebook Cucu Adam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×