Nur

Kelebihan Baca Kalimah Bismillah Dalam Kehidupan Seharian, Pendek Tapi Bermakna

17
SHARES
KELEBIHAN BACA BISMILLAH

Umum mengetahui, terlalu banyak kelebihan baca Bismillah dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang Muslim, kalimah ini sudah tentunya membawa seribu satu makna.

Walaupun lafaznya pendek sahaja tetapi terlalu banyak kebaikan yang tidak disangka-sangka. Ikuti perkongsian lengkap di bawah.

Baca juga: Berwuduk Sebelum Tidur Sangat Dianjurkan Dalam Islam, Ini Sebab Yang Anda Kena Tahu

KELEBIHAN BACA BISMILLAH DALAM KEHIDUPAN, AMALKAN

KELEBIHAN BACA BISMILLAH

1. Baca 21 kali sebelum tidur, rohani dan jasmani kita dipelihara oleh Allah SWT.

2. Baca 786 kali selama 7 hari berturut-turut Allah SWT kurniakan rezeki kepada kita dalam perniagaan dan usaha kita.

3. Baca 50 kali di depan orang yang zalim, Allah SWT akan bungkam mulut lidah orang tersebut dan orang itu akan dibenci oleh para malaikat.

4. Baca 786 kali ditiup pada air dan diberi minum pada orang yang otaknya lembab maka dgn izin Allah SWT otaknya akan cerdas dan pintu hatinya terbuka dan mudah menerima ilmu serta ingatannya kuat.

5. Baca 41 kali ditiup pada telinga orang yang sakit kepala, insyaAllah dengan izin Allah SWT sakit kepala itu akan sembuh.

6. Baca 19 kali dan tiup perlahan-lahan ke arah orang yang sedang marah, insyaAllah orang itu akan reda kemarahannya serta hatinya jadi lembut.

7. Baca 41 kali dan ditiup pada lubang telinga kiri orang yang pengsan, insyaAllah dengan segera orang itu akan sedar semula.

8. Baca 1 kali dan selawat nabi 1 kali tiup ke arah atas pintu rumah sebelum keluar dan sebelum masuk ke dalam rumah, insya-Allah dijauhi godaan jin fasik, iblis dan syaitan serta di murahkan rezeki kita seharian (amalkan setiap kali mahu keluar dan masuk ke dalam rumah)

9. Baca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat 100 kali pada hari Ahda dengan menghadap kiblat ketika matahari terbit, insyaAllah akan dimurahkan rezeki.

10. Baca Bismillah sebanyak 100 kali dan hembuskan kepada orang yang menghidapi penyakit selama 3 hari berturut-turut, dengan izinNya penyakit akan sembuh.

Semoga bermanfaat untuk kita semua insyaAllah. Jangan lupa amalkan ya.

Baca juga: 3 Warna Rasulullah SAW Tak Suka Pakai & Kena Elakkan, Ini Sebabnya…

Sumber: Facebook Siti Suhaila 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×