Nur

Jangan Pernah Lupa Buat 6 Amalan Sebelum Masuk Rumah, Takut Ada Yang ‘Ikut’ Nanti

2
SHARES
AMALAN SEBELUM MASUK RUMAH

Urusan kerja kadangkala perlu dilakukan sehingga lewat malam dan akan menyebabkan anda lambat pulang. Sekiranya perkara ini berlaku, jangan sesekali lupa melakukan amalan sebelum masuk rumah seperti perkongsian di bawah.

Ini bertujuan agar tiada sebarang gangguan makhluk halus ikut pulang ke rumah. Jangan pandang rendah mengenai hal ini kerana ia boleh mengundang bahaya.

Baca juga: Selalu Ada Bau Busuk & Rasa Diperhatikan Di Rumah Sendiri, Mungkin Ada ‘Orang’ Lain

AMALAN SEBELUM MASUK RUMAH UNTUK ELAK GANGGUAN

AMALAN SEBELUM MASUK RUMAH

Antara amalan sebelum masuk rumah jika pulang lewat adalah:

1. Memberi salam

Memberi salam merupakan sunnah dan melambangkan identiti seorang Muslim. Tidak salah untuk memberi salam di rumah sendiri atau rumah kosong bagi menghormati makhluk-makhluk Allah SWT selain daripada manusia.

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”

2. Membaca Bismillah

Baca Bismillah sekali dan selawat nabi 1 kali. Kemudian tiup ke arah atas pintu rumah sebelum keluar dan sebelum masuk ke dalam rumah.

InsyaAllah dijauhi godaan jin fasik, iblis dan syaitan serta dimurahkan rezeki kita seharian.

3. Baca doa masuk rumah

Seperti mana kita tahu, jika pulang rumah terlalu lewat risau ada yang ‘ikut’. Jadi, dianjurkan untuk membaca doa sebelum masuk rumah seperti di bawah.

اَللهُمَّ اِنّىْ اَسْأَلُكَ خَيْرَالْمَوْلِجِ وَخَيْرَالْمَخْرَجِ بِسْمِ اللهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللهِ رَبّنَا تَوَكَّلْنَا

“Allahumma inni as-aluka khoirol mawlaji wa khoirol makhroji, bismillahi walajnaa wa bismillahi khorojna wa ‘alallahi robbinaa tawakkalnaa”

4. Masuk kaki kanan

Setelah membaca doa, langkah masuk ke dalam rumah menggunakan kaki kanan seperti yang disunatkan di dalam Islam.

5. Mandi

Bila dah masuk rumah, jangan terus tidur! Buka pakaian dan letakkan di dalam raga baju kotor. Kemudian, segara mandi membersihkan diri agar dihindari daripada gangguan makhlus halus.

6. Menunaikan solat

Jika anda tidak sempat menunaikan solat ketika berada di luar, segera tunaikan solat sebelum tidur.

InsyaAllah dengan izinNya, tiada sebarang gangguan atau makhluk yang ikut anda. Bila berada di luar, jangan lupa baca doa pelindung diri juga ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Awas! Jangan Angkat Pakaian Di Jemuran Lepas Maghrib, Ustaz Kongsi Sebabnya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×