Perbuatan meletakkan mushaf al-Quran dan Surah Yasin bawah bantal adalah perkara yang sering dilakukan oleh rata-rata orang. Tindakan tersebut dikatakan boleh melindungi diri daripada gangguan syaitan dan jin.
Walau bagaimanapun, pernah atau tidak anda terfikir mengenai hukum tidur beralaskan al-Quran dan Surah Yasin? Ini penjelasannya.
Baca juga: Hukum Solat Terlalu Cepat Macam Keretapi, Nampak Tak Ada Apa Tapi Sebenarnya …
HUKUM LETAK AL-QURAN DAN YASIN BAWAH BANTAL KETIKA TIDUR
Para ulama bersepakat mengatakan bahawa perbuatan itu dianggap sebagai merendahkan kemulian al-Quran dan merendah-rendahkan ilmu agama. Mushaf perlulah dijaga dan dipelihara dengan betul kerana martabatnya tinggi dan mempunyai ayat-ayat suci.
Antara perbuatan yang boleh dikira sebagai perendahan terhadap kemuliaan al-Quran adalah menjadikannya sebagai alas kepala ketika tidur:
وَيَحْرُمُ تَوَسُّدُه: أي المصحف أي جَعْلُهُ وِسادة وَهِيَ المِخَدَّة التي تُوضَعُ تَحْتَ الرأْسِ، لأن في تَوَسُّدِهِ تَحقيرا وإهانَة
Maksudnya: “Diharamkan daripada berbantalkan mashaf: iaitu menjadikan mashaf itu sebagai bantal dan diletakkan di bawah kepala, ini kerana perbuatan berbantalkan mushaf itu merupakan satu bentuk merendah-rendahkan dan penghinaan.”
Selain itu, kitab-kitab agama juga tidak boleh dijadikan sebagai bantal atau alas kepala ketika tidur seperti yang disebut oleh para ulama Mazhad Syafie. Pengeculian diberikan jika seseorang itu takut kitab atau mushaf miliknya dicuri oleh orang lain.
Dapat disimpulan, perbuatan meletakkan mushaf al-Quran, Surah Yasin atau apa-apa buku yang mengandungi ayat al-Quran di bawah bantal adalah haram walaupun bertujuan untuk menghindari daripada gangguan jin.
Dianjurkan agar membaca ayat-ayat suci dan membaca zikir untuk mengelakkan gangguan yang tidak diingini.
Semoga bermanfaat dan jangan ulang kesalahan yang sama ya.
Baca juga: 5 Bukti Islam Sentiasa Muliakan Kaum Wanita, Bukan Untuk Disakiti & Dikhianati